Faktor persekitaran sosial dalam pembentukan jati diri Hamka (1908-1981) menurut autobiografi kenang-kenangan hidup (1951)

Kenang-kenangan Hidup (1951) merupakan sebuah autobiografi tulisan HAMKA. Karya ini diterbitkan dalam empat jilid mewakili empat fasa kehidupan HAMKA sekali gus empat fasa sejarah Indonesia sebelum dan selepas merdeka. Dalam proses pembentukan jati diri HAMKA, beliau menggambarkan dengan baik...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ahmad Zahiruddin Mohd Zabidi,, Wan Nasyrudin Wan Abdullah,
Format: Article
Language:English
Published: Pusat Kesejahteraan Insan dan Komuniti, Universiti Kebangsaan Malaysia 2021
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/16964/1/446-Article%20Text-1566-1-10-20210629.pdf
http://journalarticle.ukm.my/16964/
http://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/issue/view/28
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kenang-kenangan Hidup (1951) merupakan sebuah autobiografi tulisan HAMKA. Karya ini diterbitkan dalam empat jilid mewakili empat fasa kehidupan HAMKA sekali gus empat fasa sejarah Indonesia sebelum dan selepas merdeka. Dalam proses pembentukan jati diri HAMKA, beliau menggambarkan dengan baik faktor-faktor pengaruh persekitaran sosial dalam autobiografi tersebut. Penting untuk diketahui bahawa, di sebalik kehebatan seorang tokoh mereka pernah melalui persekitaran sosial yang signifikan dengan kedudukan mereka kemudiannya, namun persekitaran tersebut tidak hanya satu wajah sahaja melainkan agak rencam dan pelbagai. Kajian ini mahu menjelaskan faktor-faktor sosial bersifat kemanusiaan dan bukan kemanusiaan yang paling mempengaruhi pembentukan jati diri HAMKA menggunakan pendekatan kualitatif dengan reka bentuk analisis kandungan berdasarkan teks autobiografi tersebut. Kajian mendapati pengaruh persekitaran sosial kemanusiaan daripada bapa, guru dan masyarakat serta pengaruh persekitaran sosial bukan kemanusiaan berbentuk media cetak berbentuk buku, akhbar dan majalah adalah penting dalam membina jati diri HAMKA.