Kesediaan masyarakat sivil mengadaptasi platform untuk peluang sharing economy: sorotan literatur
Konsep sharing economy telah berkembang pesat dalam pelbagai sektor di negara-negara maju berbanding di negara Asia termasuk di Malaysia. Terminologi sharing economy berkaitan penggunaan platform digital secara kolaboratif dikatakan mencabar dan mengubah semula model perniagaan secara tradisio...
Saved in:
Main Authors: | , , , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2021
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/16950/1/46783-151108-1-SM.pdf http://journalarticle.ukm.my/16950/ https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1377 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Konsep sharing economy telah berkembang pesat dalam pelbagai sektor di negara-negara maju
berbanding di negara Asia termasuk di Malaysia. Terminologi sharing economy berkaitan
penggunaan platform digital secara kolaboratif dikatakan mencabar dan mengubah semula model
perniagaan secara tradisional. Kajian ini tertumpu kepada dua objektif iaitu menganalisa tren
dapatan penyelidikan berkaitan sharing economy dan mengenalpasti perbezaan ketersediaan
masyarakat terhadap platform sharing economy di peringkat global. Berdasarkan 200 artikel yang
dianalisa, sembilan (9) tema telah dikenaplasi iaitu: (i) aktiviti platform digital; (ii) model
perniagaan; (iii) pelancongan; (iv) kelestarian; (v) pengurusan; (vi) konflik; (vii) konsep dan
kerangka (viii) kepentingan dan peluang; dan (ix) impak sosial. Tahap kesediaan di kalangan
masyarakat dunia dikatakan berbeza di setiap negara dengan dipengaruhi pelbagai faktor
khususnya kemajuan teknologi dan kesedaran masyarakat. Usaha yang berterusan wajar dilakukan
oleh pihak berkepentingan dalam memastikan penggunaan konsep sharing economy yang
diadaptasi dapat menyumbang kepada kemampanan ekonomi dan sosial. Kajian ini mencadangkan
agar penyelidikan tentang airbnb diluaskan di Malaysia kerana ekonomi perkongsian menawarkan
peluang dalam memajukan semua sektor. |
---|