Kelaziman punca tekanan pensyarah di universiti awam Malaysia
Profesion sebagai seorang ahli akademik menyebabkan pensyarah terikat kepada skop tugas yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan, penerbitan, perundingan, dan memberi khidmat kepada masyarakat. Semua skop tugas ini mempunyai beban tertentu yang perlu dicapai. Namun, kada...
Saved in:
Main Authors: | , , , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2021
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/16948/1/46768-151079-1-SM.pdf http://journalarticle.ukm.my/16948/ https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1377 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Profesion sebagai seorang ahli akademik menyebabkan pensyarah terikat kepada skop tugas
yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan, penerbitan, perundingan, dan
memberi khidmat kepada masyarakat. Semua skop tugas ini mempunyai beban tertentu yang
perlu dicapai. Namun, kadang kala skop tugas tersebut menyebabkan beban berlebihan yang
boleh menyebabkan tekanan kepada pensyarah. Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti tahap
stres pensyarah Malaysia dan penyebab utama stres di kalangan mereka. Di samping itu,
hubungan antara faktor penyebab kepada tekanan pensyarah turut dikaji. Seramai 609 pensyarah
dari empat universiti awam Malaysia telah dipilih secara rawak sebagai responden kajian.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa pensyarah di universiti awam Malaysia mengalami stres
pada tahap rendah. Tiga faktor utama telah dikenalpasti menjadi kelaziman penyebab tekanan
kepada pensyarah ialah faktor universiti, faktor sosial dan faktor individu. Selain itu, beban
kerja, persekitaran kerja, jaringan kenalan, kesihatan dan faktor kewangan juga dilihat sebagai
kelaziman utama yang menyumbang kepada isu tekanan pensyarah. Hasil kajian ini boleh
digunakan untuk menentukan program intervensi yang tepat sebagai strategi mengatasi tekanan
dan mengekalkan kebahagiaan para pensyarah di tempat kerja juga dalam kehidupan mereka. |
---|