Hukuman terhadap pesalah kanak-kanak di Malaysia : pencegahan atau pemulihan?

Sistem keadilan juvenil telah dilaksanakan di Malaysia lebih 50 tahun. Sepanjang tempoh ini, mahkamah Malaysia telah mengaplikasi teori hukuman yang berbeza, seperti, pencegahan, retribusi, incapacitation dan pemulihan. Namun, apabila berhadapan dengan pesalah kanak-kanak, mahkamah di Malaysia le...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Al Adib Samuri,, Noor Aziah Haji Mohd. Awal,
Format: Article
Published: Fakulti Undang - Undang 2009
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/1689/
http://ejournal.ukm.my/juum
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Sistem keadilan juvenil telah dilaksanakan di Malaysia lebih 50 tahun. Sepanjang tempoh ini, mahkamah Malaysia telah mengaplikasi teori hukuman yang berbeza, seperti, pencegahan, retribusi, incapacitation dan pemulihan. Namun, apabila berhadapan dengan pesalah kanak-kanak, mahkamah di Malaysia lebih cenderung untuk mengaplikasikan teori pencegahan atau teori pemulihan. Dalam usaha tersebut, mahkamah telah menghadapi kesukaran untuk mengimbangi antara kepentingan kanak-kanak dan kepentingan awam. Sehubungan itu, kajian ini berobjektifkan menganalisis kedua-dua teori hukuman, pencegahan dan pemulihan, serta pemakaiannya oleh mahkamah Malaysia dalam konteks pesalah kanak-kanak. Dengan menggunakan kaedah analisis teks berdasarkan kes-kes yang dilaporkan yang melibatkan pesalah kanak-kanak, kajian mendapati bahawa mahkamah di Malaysia lebih cenderung mengguna pakai teori pencegahan bagi pesalah kanak-kanak. Ini disebabkan pemakaian teori ini berupaya memelihara kepentingan awam. Kedua, hukuman bersifat deteren berupaya mencegah pesalah daripada mengulangi jenayah yang sama. Walau bagaimanapun, artikel ini mempertahankan bahawa teori pemulihan melindungi kepentingan terbaik kanak-kanak tersebut. Sebaliknya, mahkamah di Malaysia menggunakan teori pemulihan dalam bentuk yang terhad iaitu untuk kesalahan-kesalahan ringan dan pada umur tertentu. Walaupun teori ini masih belum diaplikasi secara meluas, teori pemulihan mempunyai potensi yang besar dan berupaya dibangunkan sebagai satu kerangka bagi sistem keadilan jenayah juvenil di Malaysia