Koleksi tembikar tradisional dan tembikar prasejarah di Muzium Sultan Abu Bakar, Pahang: dokumentasi dan analisis morfologi awalan
Artikel ini melaporkan hasil kerja dokumentasi dan analisis tembikar yang telah dijalankan di Muzium Sultan Abu Bakar, Pekan, Pahang. Sebanyak lapan belas (18) tembikar tradisional iaitu dua belas (12) daripadanya ialah tembikar jenis terenang, lima (5) jenis belanga dan satu (1) tembikar jeni...
Saved in:
Main Authors: | , , , , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia
2021
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/16886/1/239-426-1-SM.pdf http://journalarticle.ukm.my/16886/ http://spaj.ukm.my/jurnalarkeologi/index.php/jurnalarkeologi/issue/view/39 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Artikel ini melaporkan hasil kerja dokumentasi dan analisis tembikar yang telah
dijalankan di Muzium Sultan Abu Bakar, Pekan, Pahang. Sebanyak lapan belas
(18) tembikar tradisional iaitu dua belas (12) daripadanya ialah tembikar jenis
terenang, lima (5) jenis belanga dan satu (1) tembikar jenis periuk serta beberapa
serpihan tembikar prasejarah telah direkodkan. Kesemua tembikar ini telah dikaji
menggunakan pendekatan morfologi. Analisis morfologi adalah satu bentuk kajian
tentang ciri fizikal tembikar seperti saiz, berat, warna, bentuk, ketebalan, kemasan
permukaan dan hiasan. Kajian-kajian lalu turut membuktikan bahawa nilai
estetika pada tembikar dapat dijelaskan melalui bentuk motif, simbol dan ragam
hiasnya. Analisis morfologi yang dijalankan ke atas tembikar prasejarah juga telah
menyumbang maklumat asas tentang profil bibir dan ragam hias tembikar dari
tiga buah tapak arkeologi di Pahang iaitu Gunung Senyum, Gua Bama dan Gua
Sagu. Laporan awal ini diharapkan dapat menjadi bahan rujukan asas bagi kajian
tembikar di Muzium Sultan Abu Bakar pada masa akan datang sekali gus
memperkasa pengetahuan kita tentang warisan tembikar dulu dan kini di Pahang. |
---|