Konservasi artifak budaya Iban dalam Muzium Sarawak: satu penelitian awal

Penyelidikan ini adalah memfokuskan etnografi dan konservasi material budaya masyarakat Iban dalam Muzium Sarawak dalam proses penelitian awal. Selama 100 tahun, Muzium Sarawak berperanan besar dalam usaha untuk memelihara dan memulihara warisan budaya masyarakat peribumi Sarawak, khususnya...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Gregory Kiyai @ Keai,, Noria Tugang,
Format: Article
Language:English
Published: Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia 2021
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/16883/1/236-420-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/16883/
http://spaj.ukm.my/jurnalarkeologi/index.php/jurnalarkeologi/issue/view/39
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penyelidikan ini adalah memfokuskan etnografi dan konservasi material budaya masyarakat Iban dalam Muzium Sarawak dalam proses penelitian awal. Selama 100 tahun, Muzium Sarawak berperanan besar dalam usaha untuk memelihara dan memulihara warisan budaya masyarakat peribumi Sarawak, khususnya artifak budaya masyarakat Iban. Penyelidikan ini menggunakan pendekatan kualitatif iaitu untuk mengenal pasti, memahami dan meneliti konservasi dan artifak budaya Iban dengan menemu bual informan yang relevan secara in-depth interview, pemerhatian secara tidak langsung dan pendokumentasian secara bergambar. Selain itu, sumber sekunder turut digunakan bagi menyokong kerelevanan penyelidikan ini. Dapatan penyelidikan mendapati bahawa telah wujud pola perubahan dalam pembangunan bidang konservasi artifak budaya masyarakat Iban dalam Muzium Sarawak. Tujuan penyelidikan ini adalah sebagai usaha untuk mendokumentasikan pemeliharaan dan pemuliharaan artifak budaya masyarakat Iban. Oleh itu, melalui penyelidikan ini diharapkan mampu untuk memberikan penambahan ilmu baharu kepada pemuliharaan dan pemeliharaan artifak budaya masyarakat Iban dalam Jabatan Muzium Sarawak.