Pendekatan dakwah di hospital dalam membimbing kerohanian pesakit

Pesakit di hospital bukan sekadar memerlukan rawatan klinikal tetapi mereka juga memerlukan bimbingan kerohanian untuk membantu mendapatkan emosi yang kuat dan tabah dalam menghadapi ujian sakit. Namun, aspek kerohanian sering dipandang sepi sedangkan kesakitan fizikal mempunyai kaitan yang ra...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Muhamad Faisal Ashaari,, Mohd Zainudin Abu Bakar,, Siti Jamiaah Abdul Jalil,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2020
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/16827/1/44890-144438-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/16827/
https://ejournal.ukm.my/jhadhari/issue/view/1362
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pesakit di hospital bukan sekadar memerlukan rawatan klinikal tetapi mereka juga memerlukan bimbingan kerohanian untuk membantu mendapatkan emosi yang kuat dan tabah dalam menghadapi ujian sakit. Namun, aspek kerohanian sering dipandang sepi sedangkan kesakitan fizikal mempunyai kaitan yang rapat dengan aspek kerohanian. Rawatan yang melibatkan kedua-dua aspek ini perlu digabungkan secara bijak untuk menghasilkan rawatan yang holistik kepada pesakit. Pendakwah berperanan untuk membantu pesakit mendapat kesejahteraan dari sudut kerohanian. Terdapat tiga tahap pendekatan dakwah di hospital iaitu nasihat, bimbingan dan pengukuhan emosi dan psikologi. Oleh kerana hospital menumpukan kepada rawatan klinikal, maka dakwah dan bimbingan kerohanian dijalankan secara sokongan dan sukarela. Artikel ini mengemukakan tiga tahap pendekatan ini dan pelaksananya yang terdiri daripada kakitangan hospital, pegawai yang dikhususkan, ahli keluarga dan orang luar termasuklah pesakit itu sendiri. Kakitangan dan pegawai perlu mengambil tanggungjawab ini walaupun mereka mempunyai kerja hakiki di hospital, manakala ahli keluarga sangat bertanggungjawab dalam memastikan tanggungjawab pesakit terhadap sudut ibadah dipenuhi. Pesakit juga perlu meningkatkan sendiri keyakinan dan amalan kerohanian supaya kuat menghadapi ujian sakit.