Permintaan pelancong belia terhadap Ipoh sebagai destinasi pelancongan geopark kebangsaan

Kedudukan Ipoh di Lembah Kinta yang mempunyai pelbagai warisan sejarah dari aspek perlombongan, sejarah geologi dan kepelbagaian landskap semulajadi telah membuka laluan bagi Ipoh untuk menjadi salah satu destinasi geopelancongan yang boleh dimahsyurkan di kalangan pelancong terutamanya di kal...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Fatin Nur Izzati Mohd Nizam,, Habibah Ahmad,
Format: Article
Language:English
Published: Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia 2020
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/16791/1/325-Article%20Text-482-1-10-20200714.pdf
http://journalarticle.ukm.my/16791/
http://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/15
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kedudukan Ipoh di Lembah Kinta yang mempunyai pelbagai warisan sejarah dari aspek perlombongan, sejarah geologi dan kepelbagaian landskap semulajadi telah membuka laluan bagi Ipoh untuk menjadi salah satu destinasi geopelancongan yang boleh dimahsyurkan di kalangan pelancong terutamanya di kalangan belia. Pelancong belia mempunyai satu segmen pelancong yang signifikannya boleh dikembangkan malah turut berpotensi sebagai satu kepentingan yang boleh dijadikan sebagai satu penjanaan bagi peningkatan sektor pelancongan negara untuk lebih maju kehadapan. Kajian ini berfokuskan kepada gelagat pelancong belia, penggunaan dan pengalaman pelancong belia terhadap kawasan Ipoh sebagai destinasi geopark. Data untuk kajian ini dikumpulkan melalui edaran borang soal selidik di kawasan geopark yang dipilih di Ipoh iaitu Taman Rekreasi Gunung Lang dan Taman Eko-Rimba Kledang Saiong. Hasil kajian mendapati kebanyakan pelancong belia berpuas hati dengan perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan. Kajian ini mencadangkan pihak berkepentingan untuk mengkaji semula lokasi geopark yang perlu diurus agar boleh digunakan oleh pelancong, malahan promosi bagi lokasi geopark ini perlu diua-uarkan dengan lebih lagi pada pelbagai medium.