Naratologi dan genre seram dalam karya Tok Awang Ngah

Dharmala N.S sebagai penulis cerpen turut menghasilkan karya genre seram khasnya dalam dekad 80-an dan 90-an dengan nama samaran Tok Awang Ngah. Genre seram sebelum ini bergerak dari khazanah cerita lisan kesusasteraan Melayu tradisional. Antara cerita seram yang digubah Tok Awang Ngah dan dit...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Che Ahmad Firdaus Mat Zin,, Mawar Safei,
Format: Article
Language:English
Published: Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia 2020
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/16779/1/311-Article%20Text-467-1-10-20200713.pdf
http://journalarticle.ukm.my/16779/
http://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/15
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Dharmala N.S sebagai penulis cerpen turut menghasilkan karya genre seram khasnya dalam dekad 80-an dan 90-an dengan nama samaran Tok Awang Ngah. Genre seram sebelum ini bergerak dari khazanah cerita lisan kesusasteraan Melayu tradisional. Antara cerita seram yang digubah Tok Awang Ngah dan ditumpukan dalam kajian ini ialah Berkelahi dengan Syaitan (1986), Berlawan dengan Syaitan (1996), Pengasih Minyak Cenuai (1997), Gadis Dinodai Jin (1986) dan Godaan Syaitan (1992). Metodologi yang digunakan untuk analisis adalah melalui kajian kepustakaan. Rungkaian genre seram ini bertujuan untuk meneliti teknik dan strategi naratif yang digunakan Tok Awang Ngah sehingga karya berkenaan dikelompokkan sebagai genre seram. Teknik yang dimaksudkan melibatkan plot, gaya bahasa, latar, sudut pandangan dan watak perwatakan. Menerusi kerangka naratologi yang diajukan Mieke Bal, segala teknik ini dilanjutkan dalam perbincangan strategi naratif. Penemuan kajian ini dapat mengenalpasti teknik dan strategi naratif yang digunakan Tok Awang Ngah dalam berkarya. Antara strategi naratifnya adalah menerusi plot yang kronologi, menggunakan dua sudut pandangan, memanfaatkan bahasa asing, latar alam ghaib dan watak pengamal perubatan tradisional. Implikasi kajian ini dapat mengimbangkan tanggapan umum terhadap genre cerita seram yang selama ini rata-rata diterima sebagai picisan dan popular. Karya Tok Awang Ngah dapat memperjelas genre ini khususnya dalam konteks kesusasteraan Melayu.