Peranan bahasa dalam pembinaan negara bangsa di Malaysia dan Indonesia

Agenda pembinaan negara bangsa sangat relevan dan mendesak bagi Malaysia dan Indonesia untuk menangani pelbagai cabaran yang berlaku khususnya dari perspektif kepelbagaian budaya, bahasa, etnik dan agama. Pembinaan negara bangsa bermula dengan kewujudan bangsa dan bangsa tersebut melahirkan sebu...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nazri Muslim,, Rosadi, Otong
Format: Article
Language:English
Published: Institute of the Malay World and Civilization, Universiti Kebangsaan Malaysia 2021
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/16758/1/jatma-2021-0902-08.pdf
http://journalarticle.ukm.my/16758/
https://www.ukm.my/jatma/jilid-9-bil-2/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Agenda pembinaan negara bangsa sangat relevan dan mendesak bagi Malaysia dan Indonesia untuk menangani pelbagai cabaran yang berlaku khususnya dari perspektif kepelbagaian budaya, bahasa, etnik dan agama. Pembinaan negara bangsa bermula dengan kewujudan bangsa dan bangsa tersebut melahirkan sebuah negara. Negara bangsa didefinisikan sebagai pembentukan negara berasaskan kepada proses penyatuan bangsa yang diperkuatkan dengan persempadanan wilayah tertentu dalam pembentukan identity sebuah wilayah. Malaysia dan Indonesia yang mempunyai masyarakat pelbagai etnik telah menempuh cabaran dalam proses pembinaan negara bangsa yang melibatkan bahasa, agama, globalisasi, isu-isu perlembagaan dan lain-lain. Artikel ini akan menganalisis peranan bahasa khususnya bahasa Melayu dan bahasa Indonesia sebagai antara elemen utama dalam pembinaan negara bangsa di Malaysia dan di Indonesia. Kajian ini menujukkan bahawa pembinaan negara bangsa memerlukan penyertaan menyeluruh daripada setiap anggota masyarakat dan jentera kerajaan. Semua pihak perlu memahami, menghayati dan mengaplikasikan konsep pembinaan negara bangsa dalam menghasilkan proses pembinaan negara yang lebih kemas dan kukuh. Satu nilai yang dikongsi bersama perlu diwujudkan dan dihargai oleh seluruh warganegara Malaysia. Kajian ini menyimpulkan bahawa kunci kepada kejayaan Malaysia dalam perkara ini adalah pelaksanaan dalam aspek perpaduan dalam kepelbagaian dan perpaduan yang lahir dalam kepelbagaian.