Analisis nilai murni dalam manuskrip ‘Hikayat Saerah Dengan Suami’

Nilai-nilai murni merupakan satu aspek penting yang perlu ada dalam diri setiap manusia. Nilai-nilai murni adalah satu perlakuan, perangai atau tindakan yang baik sama ada dalam menjalinkan hubungan dengan manusia, alam dan Tuhan. Makalah ini bertujuan meneliti dan menganalisis nilai-nilai murni...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Eizah Mat Hussain,, Tengku Intan Marlina Tengku Mohd Ali,, Zahir Ahmad,
Format: Article
Language:English
Published: Institute of the Malay World and Civilization, Universiti Kebangsaan Malaysia 2021
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/16752/1/jatma-2021-0902-02.pdf
http://journalarticle.ukm.my/16752/
https://www.ukm.my/jatma/jilid-9-bil-2/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Nilai-nilai murni merupakan satu aspek penting yang perlu ada dalam diri setiap manusia. Nilai-nilai murni adalah satu perlakuan, perangai atau tindakan yang baik sama ada dalam menjalinkan hubungan dengan manusia, alam dan Tuhan. Makalah ini bertujuan meneliti dan menganalisis nilai-nilai murni dalam menjalani kehidupan seorang isteri. Bahan kajian ini menggunakan manuskrip MSS3070 yang berjudul Hikayat Saerah Dengan Suami yang diperoleh dari Perpustakaan Negara Malaysia. Metodologi kajian menggunakan kaedah kualitatif sepenuhnya dengan menggunakan kajian keperpustakaan. Kaedah pertama yang dilakukan dengan mentransliterasikan teks manuskrip tulisan jawi ke rumi dan kemudian data akan dianalisis dengan penekanan kepada nilai-nilai murni yang terdapat dalam teks. Analisis kajian menggunakan pendekatan moral dalam Teori Pengkaedahan Melayu oleh Hashim Awang. Kajian ini mendapati teks ini menyentuh nilai-nilai murni seorang isteri dari aspek nilai positif. Nilai-nilai murni positif seperti kasih sayang, ketaatan, amanah dalam menjaga harta suami, mendapat keizinan suami sebelum keluar rumah dan adab berbicara. Cerita-cerita tradisional amat mementingkan aspek nilai-nilai murni yang tergambar melalui aksi dan perwatakan watak-watak yang dimasukkan secara langsung melalui cerita bagi memberi pengajaran kepada khalayak pembaca. Hal inilah yang diketengahkan oleh pengarang manuskrip MSS3070.