Lakuan bahasa meme dalam komunikasi internet gen Z

Artikel ini bertujuan untuk mengenal pasti lakuan bahasa yang terdapat dalam meme (mim) dan penanda corak komunikasi bagi golongan yang berasosiasi dengan penggunaan meme. Meme merujuk kepada sebuah bentuk wacana yang timbul dalam media komunikasi terkini dan tersebar luas di dalam talian mela...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Wan Nur Azira,, Maslida Yusof,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2021
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/16692/1/47705-154473-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/16692/
https://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/1390
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Artikel ini bertujuan untuk mengenal pasti lakuan bahasa yang terdapat dalam meme (mim) dan penanda corak komunikasi bagi golongan yang berasosiasi dengan penggunaan meme. Meme merujuk kepada sebuah bentuk wacana yang timbul dalam media komunikasi terkini dan tersebar luas di dalam talian melalui forum perbincangan, media sosial serta budaya internet am. Meme kebiasaannya berunsur jenaka dan mempunyai gambaran kepada situasi tertentu yang berlaku dalam kalangan sosio-budaya pengguna internet. Oleh itu, meme mempunyai lakuan bahasanya tersendiri dan hal ini boleh diteliti melalui teori lakuan bahasa Bach dan Harnish (1979) yang bersifat komunikatif. Analisis kandungan melibatkan sejumlah 121 buah meme yang dimuat naik dalam Facebook UTHM Troll selama 30 bulan bermula pada tarikh 30 September 2018 hingga 31 Mac 2020. Data kemudiannya dikelompokkan mengikut klasifikasi teori Bach dan Harnish (1979). Hasil kajian mendapati lakuan bahasa meme bahasa Melayu muncul dalam bentuk lakuan bahasa konstatif (LBK), lakuan bahasa direktif (LBD) dan lakuan bahasa gabungan (LBG). Lakuan bahasa meme bahasa Melayu ini telah memperlihatkan corak komunikasi yang digunakan dalam kalangan generasi Z yang hidup dalam budaya digital. Corak komunikasi tersebut meliputi ciri kebebasan dan penyesuaian; kepantasan dan keringkasan serta hiburan dan pengawasan yang tinggi terhadap isu semasa.