Penentuan nasab melalui prinsip undang-undang keterangan Islam
Anak tak sah taraf didefinisikan sebagai kelahiran anak hasil daripada perbuatan zina ataupun kehamilan tanpa pernikahan atau suami yang sah, tetapi bukan dari pernikahan syubhah. Terdapat keadaan di mana anak yang tidak sah taraf telah diberikan status sah taraf akibat kelemahan dalam aspek beb...
Saved in:
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2021
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/16687/1/44066-151937-1-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/16687/ https://ejournal.ukm.my/juum/issue/view/1378 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Anak tak sah taraf didefinisikan sebagai kelahiran anak hasil daripada perbuatan zina ataupun kehamilan tanpa
pernikahan atau suami yang sah, tetapi bukan dari pernikahan syubhah. Terdapat keadaan di mana anak yang tidak
sah taraf telah diberikan status sah taraf akibat kelemahan dalam aspek beban pembuktian serta pematuhan terhadap
prinsip syariah berkaitan tempoh minima kehamilan enam bulan qamariah tersebut. Penulisan ini memfokuskan tiga
objektif. Objektif pertama adalah untuk menganalisis berkaitan kelahiran anak tak sah taraf di sisi prinsip syariah.
Objektif kedua adalah untuk mengenal pasti permasalahan berkaitan kelahiran anak tak sah taraf dalam perbicaraan
di mahkamah, dan objektif ketiga adalah untuk mencadangkan penyelesaian kepada permasalahan yang telah dikenal
pasti. Penulisan ini adalah kajian kualitatif iaitu melalui kaedah penyelidikan perpustakaan, di mana bahan-bahan
yang berkaitan dengan penulisan ini telah dianalisis secara kritis. Pengkaji mendapati bahawa seksyen 110 Akta
Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) sebagai contohnya, digunakan terutamanya sebagai garis panduan dalam
menentukan kesahihan nasab anak dalam perbicaraan mahkamah. Walau bagaimanapun, seksyen tersebut adalah
terlalu umum dan tidak berjaya dikaitkan kepada prinsip-prinsip asas dalam syarak berkaitan dengan kelahiran
anak tak sah taraf dan penentuan kesahihan nasab. Pada masa yang sama prinsip keterangan Islam yang digunakan
semasa perbicaraan berkaitan dengan menentukan status nasab juga tidak dapat menyokong mahkamah untuk
membuat keputusan yang baik terhadap kes tersebut. Sehubungan itu pengkaji mencadangkan perlunya matan seksyen
110 ini diperincikan, serta aplikasi keterangan pakar diwajibkan penggunaannya dalam perbicaraan mahkamah bagi
menyokong pembuktian terhadap kesahihan nasab anak. |
---|