Mediatisasi dan budaya: pengalaman peminat gen Z gelombang Korea Malaysia mengharungi pandemik global Covid-19

Gelombang Korea merupakan suatu fenomena global yang menjadikan media sosial sebagai platform utama untuk mengetengahkan produk budaya. Memiliki peminat di setiap pelosok dunia, fenomena ini bersesuaian untuk dijadikan sebagai subjek kajian dalam meneliti kesan proses perkembangan teknologi me...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nurul Akqmie Badrul Hisham,, Abdul Latiff Ahmad,, Chang, Peng Kee
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2021
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/16662/1/45227-152771-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/16662/
https://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/1387
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Gelombang Korea merupakan suatu fenomena global yang menjadikan media sosial sebagai platform utama untuk mengetengahkan produk budaya. Memiliki peminat di setiap pelosok dunia, fenomena ini bersesuaian untuk dijadikan sebagai subjek kajian dalam meneliti kesan proses perkembangan teknologi media terhadap perubahan kehidupan masyarakat. Artikel ini bertujuan untuk meneroka proses mediatisasi dalam kalangan sesuatu masyarakat. Hal ini memperlihatkan suatu usaha untuk meneliti bagaimana teknologi media, memainkan peranan dalam perubahan budaya harian masyarakat. Fokus kajian tertumpu pada hubungan antara peminat generasi Z dengan fenomena gelombang Korea. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif iaitu teknik pengumpulan data netnografi. Sampel dipilih berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan dan kemudiannya dianalisis menggunakan perisian Nvivo12, untuk memperoleh hasil dapatan kajian. Pengkaji memperhaluskan lagi kajian, dengan hanya memfokuskan kepada garis masa ketika tempoh perintah kawalan pergerakan sahaja. Pengkaji berusaha untuk mendalami bagaimana kemandirian industri hiburan Korea Selatan dalam menghubungkan produk budaya mereka dengan peminat antarabangsa ketika penularan pandemik Covid-19.Kajian ini mendapati walaupun dunia dilanda pandemik global, penerimaan dan penggunaan produk budaya Korea terutamanya acara seperti konsert, pertemuan peminat dan sebagainya lagi, masih lagi berterusan dalam kalangan peminat. Disebabkan oleh kesedaran terhadap digitalisasi yang tinggi dalam kalangan generasi Z, pengalaman peminat seperti menghadiri konsert dan perkongsian maklumat masih boleh dilakukan menggunakan aplikasi dalam talian dan peranti komunikasi media seperti telefon bimbit, komputer dan juga tablet. Teknologi komunikasi media tanpa disedari telah mengubah cara manusia berkomunikasi dan juga budaya harian manusia.