Keberhasilan pemulihan dalam komuniti dan faktor berkaitan dengannya dalam kalangan kanak-kanak kurang upaya di Pantai Timur Semenanjung Malaysia

Kanak – kanak kurang upaya memerlukan pemulihan yang komprehensif dan berterusan. Pusat Pemulihan dalam Komuniti (PDK) telah dibina untuk memenuhi keperluan ini dan telah memberi manfaat kepada semua peringkat umur dalam kalangan masyarakat bandar dan luar bandar. Di Malaysia, kerajaan telah mem...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nurul Anisah Jaafar,, Nor Azlin Mohd Nordin,, Syed Mohamed Aljunid,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2021
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/16643/1/37377-147289-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/16643/
https://ejournal.ukm.my/jskm/issue/view/1272
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kanak – kanak kurang upaya memerlukan pemulihan yang komprehensif dan berterusan. Pusat Pemulihan dalam Komuniti (PDK) telah dibina untuk memenuhi keperluan ini dan telah memberi manfaat kepada semua peringkat umur dalam kalangan masyarakat bandar dan luar bandar. Di Malaysia, kerajaan telah membiayai sebahagian besar pemulihan kanak – kanak kurang upaya di PDK. Walau bagaimanapun, setakat ini kajian mengenai keberhasilan PDK untuk kanak – kanak kurang upaya di negara ini amat terhad. Kajian ini bertujuan menentukan keberhasilan program pemulihan serta mengenalpasti faktor-faktor yang berkaitan dengannya dalam kalangan kanak-kanak kurang upaya di PDK. Keberhasilan program diukur dari aspek perubahan tahap keupayaan dalam aktiviti harian menggunakan Indeks Barthel selepas 6 bulan menjalani PDK. Faktor berkait yang dikaji ialah umur, skor asas Indeks Barthel, kekerapan kehadiran ke sesi terapi dan bilangan terapi yang diterima. Data dianalisis menggunakan ujian t berpasangan, ujian Wilcoxon signed ranks dan ujian korelasi Spearman. Sejumlah 220 orang kanak – kanak kurang upaya berumur dari 4 hingga 18 tahun dan 220 penjaga daripada 29 pusat PDK di Pahang, Terengganu dan Kelantan telah menyertai kajian ini. Hasil kajian menunjukkan terdapat peningkatan kecil dalam Indeks Barthel, min perubahan ± SP bersamaan 0.90 ± 4.54 (p=0.003) selepas pemulihan. Tahap kehadiran ke sesi terapi adalah rendah iaitu < 50% menunjukkan kehadiran tiga perempat atau penuh dari keseluruhan sesi terapi yang ditawarkan. Semua faktor yang dikaji didapati tidak mempunyai kaitan dengan perubahan skor Indeks Barthel (p>0.05). Sebagai kesimpulan, keberhasilan pemulihan yang diperolehi melalui PDK amat kecil bagi tempoh latihan yang dijalani. Implementasi program perlu dinilai dan ditambah baik bagi meningkatkan manfaatnya terhadap kanak-kanak kurang upaya.