Kesan kejutan luaran terhadap sub-sektor ekonomi di Malaysia: suatu analisis vektor autoregresi berstruktur (SVAR)
Malaysia merupakan sebuah negara membangun yang mempunyai darjah keterbukaan ekonomi yang tinggi. Keterbukaan ekonomi negara mewujudkan pergantungan terhadap sumber hasil perdagangan antarabangsa, justeru negara berisiko menghadapi gangguan luaran apabila ekonomi dunia menghadapi kemelesetan....
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
2020
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/16608/1/263-Article%20Text-372-1-10-20200426.pdf http://journalarticle.ukm.my/16608/ http://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/14 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Malaysia merupakan sebuah negara membangun yang mempunyai darjah keterbukaan
ekonomi yang tinggi. Keterbukaan ekonomi negara mewujudkan pergantungan terhadap
sumber hasil perdagangan antarabangsa, justeru negara berisiko menghadapi gangguan
luaran apabila ekonomi dunia menghadapi kemelesetan. Kajian ini dilaksanakan untuk
mengenalpasti kejutan luaran dominan dalam mempengaruhi sektor pertanian, pembuatan
dan perkhidmatan. Model vektor autoregresif berstruktur (SVAR) dan fungsi tindak balas
telah digunakan untuk melihat tindak balas dinamik antara kejutan pemboleh ubah asing ke
atas sub-sektor ekonomi negara. Hasil kajian menunjukkan harga minyak mentah dunia
lebih dominan mempengaruhi sektor ekonomi berbanding indeks harga komoditi dunia.
Kejutan KDNK negara China dan Jepun juga memberi kesan terhadap prestasi sektor
penting ekonomi negara. Namun, dasar kewangan asing tidak memberi kesan terhadap
prestasi sub-sektor ekonomi negara. Malaysia perlu memberi tumpuan kepada eksport
komoditi lain sebagai langkah mengurangkan kejutan harga minyak mentah dunia. Kesan
dari negara China akan mempengaruhi sektor eksport dan import negara sebagai rakan
dagang utama. |
---|