Pengukuran amalan Gerrymander dalam persempadanan semula pilihan raya: perbandingan kritikal di Parlimen Selangor dalam PRU ke-13 dan PRU ke-14

Amalan gerrymander merupakan amalan yang tidak asing lagi berlaku dalam persempadanan semula tidak terkecuali di negara kita Malaysia. Ia merupakan amalan memanipulasikan peta atau bahagian pilihan raya untuk memberi kemenangan kepada sesuatu pihak yang berkepentingan terutamanya kepada pihak pemeri...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Wan Mazlina Wan Jama,, Rosmadi Fauzi,, Amer Saifude Ghazali,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2021
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/16453/1/44442-149849-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/16453/
https://ejournal.ukm.my/gmjss/issue/view/1376
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Amalan gerrymander merupakan amalan yang tidak asing lagi berlaku dalam persempadanan semula tidak terkecuali di negara kita Malaysia. Ia merupakan amalan memanipulasikan peta atau bahagian pilihan raya untuk memberi kemenangan kepada sesuatu pihak yang berkepentingan terutamanya kepada pihak pemerintah untuk terus mentadbir kerajaan. Proses persempadanan semula yang tidak menitikberatkan keseimbangan populasi penduduk dengan bilangan ahli perwakilan dalam sesebuah bahagian pilihan raya menyumbang kepada berlakunya amalan gerrymander. Artikel ini bertujuan untuk melihat keberkesanan elemen ruangan dalam membuat persempadanan semula dengan merujuk kepada bahagian pilihan raya Parlimen di negeri Selangor sebagai kes kajian. Analisis elemen ruangan yang diguna pakai melibatkan pengukuran indeks kepadatan untuk mengenal pasti sama ada berlaku amalan gerrymander dalam persempadanan semula yang dibuat pada tahun 2003 dan 2018. Seterusnya, pengiraan bias dan ‘disproportionality’ juga dilakukan bagi melihat sama ada berlaku ketidakseimbangan dalam jumlah undi dan kerusi pada keputusan pilihan raya tersebut. Ini menjawab persoalan tentang tujuan utama kajian persempadanan semula dijalankan iaitu untuk menyamaratakan jumlah pengundi dalam sesuatu bahagian pilihan raya dengan bahagian yang lain. Hasil kajian menunjukkan bahagian Parlimen yang mencatatkan bacaan indeks kepadatan tertinggi telah dimenangi oleh pihak pembangkang manakala bahagian Parlimen yang mempunyai nilai indeks kepadatan yang rendah masih berada di bawah pimpinan pihak kerajaan. Oleh sebab itu, pihak Suruhanjaya Pilihan Raya sepatutnya menjadikan elemen ruangan sebagai salah satu faktor dalam membuat persempadanan semula supaya satu sistem pilihan raya yang lebih telus dan bersih dapat dipraktikkan di Malaysia.