Penilaian elemen kualiti udara dalaman dan kaitannya terhadap simptom kesihatan pekerja di pejabat kerajaan sekitar Wilayah Persekutuan Putrajaya

Penurunan kualiti udaran dalaman (IAQ) mempunyai kesan langsung kepada permasalahan kesihatan pekerja di sesebuah bangunan. Suhu, kelembapan relatif, kadar aliran pengudaraan dan bauan merupakan aspek yang digunakan untuk menentukan impak IAQ yang dihadapi oleh pekerja pejabat. Kajian ini dijalankan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Kadir Arifin,, Kadaruddin Aiyub,, Hafizi Zakaria,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2021
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/16443/1/34161-149829-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/16443/
https://ejournal.ukm.my/gmjss/issue/view/1376
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penurunan kualiti udaran dalaman (IAQ) mempunyai kesan langsung kepada permasalahan kesihatan pekerja di sesebuah bangunan. Suhu, kelembapan relatif, kadar aliran pengudaraan dan bauan merupakan aspek yang digunakan untuk menentukan impak IAQ yang dihadapi oleh pekerja pejabat. Kajian ini dijalankan bagi menilai elemen-elemen IAQ dan menganalisis simptom kesihatan pekerjaan yang berkaitan dengan IAQ. Kajian telah dilakukan melalui maklum balas yang diperoleh daripada 562 pekerja di sembilan buah pejabat kerajaan sekitar Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Malaysia, Putrajaya melalui borang soal selidik yang disediakan dan data kajian telah dianalisis menggunakan kaedah analisis deskriptif. Keputusan awal analisis deskriptif menunjukkan bahawa 52.3 peratus atau lebih separuh pekerja pejabat pernah menghadapi kesan terhadap ketidaksempurnaan IAQ. Seterusnya, keputusan analisis lanjut mengambarkan bahawa 41.8 peratus pekerja pejabat pernah menghadapi pelbagai simptom penyakit semasa berada di pejabat. Antara simptom penyakit yang signifikan dialami oleh pekerja pejabat ialah bersin, sakit kepala dan tekanan di tempat kerja. Manakala, 44.5 peratus atau lebih pekerja yang mengalami simptom penyakit semasa berada di pejabat telah pulih apabila meninggalkan pejabat. Keadaan ini menunjukkan terdapatnya ketidaksempurnaan IAQ yang sekaligus menimbulkan kesan simptom kesihatan kepada pekerja pejabat. Keadaan sebegini boleh dianggap bahawa pejabat di kawasan kajian ini mengalami sindrom penyakit bangunan atau penyakit berkaitan bangunan. Justeru itu langkah penambahbaikan terhadap elemen IAQ perlu diambil bagi mengatasi masalah ini.