Pengesanan dan pencirian Leptospira spp. pada haiwan liar dan persekitaran di pusat pemuliharaan ex situ
Leptospirosis ialah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria Leptospira yang boleh menjangkiti manusia dan haiwan. Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti jangkitan leptospirosis yang berkitar antara orang utan, roden dan persekitaran di Pulau Orang Utan Bukit Merah (BMOUI) dan Zoo Ta...
Saved in:
Main Authors: | , , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2021
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/16389/1/4.pdf http://journalarticle.ukm.my/16389/ https://www.ukm.my/jsm/malay_journals/jilid50bil1_2021/KandunganJilid50Bil1_2021.html |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Leptospirosis ialah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria Leptospira yang boleh menjangkiti manusia
dan haiwan. Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti jangkitan leptospirosis yang berkitar antara orang utan,
roden dan persekitaran di Pulau Orang Utan Bukit Merah (BMOUI) dan Zoo Taiping, Perak. Sampel haiwan serta
persekitaran yang diperoleh dari kedua-dua kawasan kajian diinokulasi dalam media Ellinghausen-Mccullough�Johnson-Harris (EMJH) untuk pengkulturan Leptospira. Pengesanan dan pencirian mudah spesies Leptospira melalui
PCR dilakukan ke atas kultur serta sampel haiwan yang positif. Pencirian spesies yang lebih mendalam sehingga
peringkat serovar menggunakan penjenisan jujukan multi-lokus (MLST) hanya dilakukan ke atas kultur patogenik
sahaja. Sebanyak 8/14 kultur daripada sampel persekitaran BMOUI merupakan spesies saprofitik (L. yanagawae, L.
meyeri dan L. idonii), 4/14 adalah spesies perantaraan (L. wolffii) dan 2/14 (dilabel sebagai ‘Soil2’ dan ‘BJ3 soil’)
adalah spesies patogenik. Hasil MLST menunjukkan kultur ‘Soil2’ telah dikenal pasti sebagai L. interrogans serovar
Lai Langkawi dengan nilai penjenisan jujukan, ST: 236. ‘BJ3 soil’ pula telah diberikan profil alel baharu yang
menjana nilai ST baharu iaitu 262 di bawah spesies L. kmetyi. Kesemua 15/15 kultur daripada sampel persekitaran
Zoo Taiping merupakan spesies saprofit (L. yanagawae dan L. meyeri). Leptospira yang dikesan secara langsung
dalam sampel orang utan dan tikus dari BMOUI berkait rapat dengan spesies L. wolffii. Sampel orang utan dari Zoo
Taiping pula berkait rapat dengan spesies L. kmetyi dan L. wolffii. Kajian ini berjaya membuktikan bahawa berlakunya
transmisi leptospirosis di BMOUI dan Zoo Taiping yang sememangnya amat penting dalam menambahbaik strategi
pencegahan penyakit ini sekaligus membantu dalam usaha pemuliharaan orang utan. |
---|