Kalbu Qalha sebuah dokumentasi sosiobudaya negeri Kedah

Kalbu Qalha sebuah novel karya Amelia Hashim terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 2017. Novel ini bertolak daripada sejarah negeri Kedah yang disampaikan dalam bentuk realiti kreatif. Kertas kerja ini akan melihat sejauh mana novel ini boleh dipertanggungjawab sebagai dokumentasi sosio...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Muhamad Faiz Sazali,, Che Abdullah Che Ya,
Format: Article
Language:English
Published: Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia 2020
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/16376/1/256-Article%20Text-358-1-10-20200426.pdf
http://journalarticle.ukm.my/16376/
http://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/13
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kalbu Qalha sebuah novel karya Amelia Hashim terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 2017. Novel ini bertolak daripada sejarah negeri Kedah yang disampaikan dalam bentuk realiti kreatif. Kertas kerja ini akan melihat sejauh mana novel ini boleh dipertanggungjawab sebagai dokumentasi sosiobudaya negeri Kedah. Kajian ini akan menggunakan Pendekatan Sejarah yang dikemukakan oleh Hippolyte Taine. Antara konsep dan prinsip pendekatan ini ialah menilai aspek-aspek yang boleh dianggap sejarah dalam sesebuah karya yang dibaca. Misalnya dokumentasi, keterangan-keterangan dan gambaran�gambaran yang telah terjadi dalam sesebuah masyarakat atau bangsa. Rakaman sosiobudaya yang terdapat dalam karya akan diteliti daripada sudut pandang politik, ekonomi dan budaya. Melalui sudut pandang politik dapat dilihat dari aspek peranan pemerintah, hubungan diplomatik antara dua buah negara dan peperangan. Dari sudut pandang ekonomi melihat pada aspek kemajuan ekonomi sesebuah negara, perdagangan dan kemunduran ekonomi. Manakala dari sudut pandang budaya melihat pada aspek agama, budaya dan adat sesebuah tamadun. Hasil penelitian didapati karya ini boleh dipertanggungjawab sebagai dokumentasi sosiobudaya negeri Kedah yang disampaikan dalam bentuk realiti kreatif.