Hubungan antara sistem kerja ergonomik dan prestasi keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) di industri pembuatan
Pengurusan aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan merupakan satu isu penting dan ianya berkait rapat dengan keselamatan dan kesihatan masyarakat serta kepada individu yang berada di persekitaran tempat kerja. Aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan kurang dipandang serius oleh pekerja dan...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
2021
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/16366/2/363-Article%20Text-535-1-10-20210211.pdf http://journalarticle.ukm.my/16366/ http://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/18 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Pengurusan aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan merupakan satu isu penting dan ianya
berkait rapat dengan keselamatan dan kesihatan masyarakat serta kepada individu yang
berada di persekitaran tempat kerja. Aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan kurang
dipandang serius oleh pekerja dan organisasi. Ketidakprihatinan terhadap aspek keselamatan
dan kesihatan pekerjaan boleh memberi kesan kepada pekerja dan organisasi serta pihak luar
terlibat dengan aktiviti organisasi tersebut. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tentang
hubungan antara sistem kerja ergonomik dengan prestasi keselamatan dan kesihatan
pekerjaan dalam sektor pembuatan. Seratus empat responden dari beberapa organisasi dalam
sektor pembuatan di sekitar daerah Alor Setar dan daerah Kubang Pasu telah dianalisis
melalui soal selidik yang diedarkan. Tiga dimensi yang terlibat sebagai pembolehubah bebas
untuk mengukur sistem kerja ergonomik merujuk kepada faktor tugas, faktor persekitaran,
dan faktor organisasi, sementara prestasi keselamatan dan kesihatan sebagai pembolehubah
bersandar diukur melalui sakit, tekanan pekerjaan, dan kemalangan pekerjaan. Keputusan
kajian menunjukkan masih banyak ruang yang perlu diperbaiki oleh organisasi dan pekerja
untuk meningkatkan prestasi keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Didapati juga
kebanyakan organisasi tidak mengadakan latihan keselamatan dengan kerap dan berkala
sehingga boleh mendedahkan kepada tahap bahaya kepada pekerja. Oleh itu, pihak
pengurusan yang terlibat secara aktif dalam membangunkan kesedaran dan kepentingan
aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan mampu menjamin keseinambungan organisasi
dengan lebih baik dan berkualiti. |
---|