Gambaran masyarakat istana dalam Hikayat Usul Mujalis Perdana Halam
Kertas kerja ini membincangkan tentang gambaran masyarakat Melayu lama yang banyak sekali terdapat dalam hasil kesusasteraan Melayu tradisional. Naskhah yang digunakan dalam kertas kerja ini ialah naskhah Hikayat Usul Mujalis Perdana Halam. yang tersimpan di Perpustakaan Negara Malaysia dalam...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2020
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/16340/1/44413-142695-1-SM.pdf http://journalarticle.ukm.my/16340/ https://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/1354 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kertas kerja ini membincangkan tentang gambaran masyarakat Melayu lama yang banyak sekali terdapat
dalam hasil kesusasteraan Melayu tradisional. Naskhah yang digunakan dalam kertas kerja ini ialah
naskhah Hikayat Usul Mujalis Perdana Halam. yang tersimpan di Perpustakaan Negara Malaysia dalam
bentuk manuskrip bernombor panggilan MSS2241. Naskhah ini banyak didominasi kisah-kisah
penceritaan golongan pemerintah, yang berkisar tentang bagaimana kehidupan seharian golongan�golongan bangsawan di istana. Naskhah ini turut menggambarkan aspek sosial dan budaya dalam
kalangan golongan istana pada zaman lampau. Pendekatan sosiologi digunakan dalam membincangkan
maklumat yang terdapat di dalam naskhah. Hasil kajian mendapati terdapat banyak gambaran
masyarakat istana di dalam naskhah Hikayat Usul Mujalis Perdana Halam. Antaranya ialah nilai kasih
sayang dalam institusi kekeluargaan, adat dan amalan golongan diraja, pengamalan unsur magis,
kepercayaan kewujudan makhluk ghaib, amalan bersedekah, alat komunikasi serta amalan makan sireh
(bersireh) dalam kalangan masyarakat dahulu khususnya golongan istana. Adalah diharapkan agar kajian
ini dapat dijadikan sebagai satu sumber untuk mendapatkan gambaran kehidupan masyarakat istana. |
---|