Proses transformasi naratif daripada novel ke filem dalam Tombiruo: Penunggu Rimba (2017)
Tombiruo: Penunggu Rimba (2017) adalah filem yang diadaptasi daripada novel popular karya Ramlee Awang Murshid pada tahun 1998 dengan judul yang sama. Filem ini berjaya mencapai kutipan tiket sebanyak empat juta Ringgit Malaysia dalam tempoh lapan hari tayangan dan jumlah keseluruhan kutipan t...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2020
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/16328/1/44397-142660-1-SM.pdf http://journalarticle.ukm.my/16328/ https://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/1354 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Tombiruo: Penunggu Rimba (2017) adalah filem yang diadaptasi daripada novel
popular karya Ramlee Awang Murshid pada tahun 1998 dengan judul yang sama. Filem
ini berjaya mencapai kutipan tiket sebanyak empat juta Ringgit Malaysia dalam tempoh
lapan hari tayangan dan jumlah keseluruhan kutipan tiketnya mencecah lapan juta
Ringgit Malaysia. Walaupun berjaya meraih gelaran filem ‘box office’, Tombiruo:
Penunggu Rimba didakwa gagal mengangkat jalan penceritaan seperti mana dalam
novel. Sehubungan dengan itu, artikel ini bertujuan menjawab persoalan: “apakah
proses transformasi yang dilalui oleh naratif filem Tombiruo: Penunggu Rimba apabila
di diadaptasi dari novel ke filem?” Melalui penyelidikan asas dengan kaedah kualitatif
jawapan bagi persoalan kajian diperolehi. Instrumen utama bagi memperoleh data
adalah analisis kandungan terhadap novel dan filem Tombiruo: Penunggu Rimba.
Antara sumber rujukan melalui kajian perpustakaan adalah seperti artikel jurnal, buku,
bab dalam buku, disertasi, majalah, dan akhbar. Artikel ini mengaplikasi prinsip
transformasi dalam ‘teori intertekstualiti’ oleh Julia Kristeva sebagai kerangka analisis.
Dapatan artikel ini adalah, sebahagian besar naratif novel dipindahkan oleh pengarah
ke filem. Namun begitu perubahan yang signifikan tetap dilakukan pada plot dan watak.
Hal ini terpaksa dilakukan kerana filem berbentuk audio visual. Filem memiliki sifat
berbeza berbanding novel dan oleh yang demikian gaya naratif novel tidak mungkin
dapat digarap secara mutlak ke bentuk filem. Oleh yang demikian naratif sebuah novel
harus melalui transformasi untuk dipersembahkan dalam bentuk filem. |
---|