Pentafsiran baharu terhadap sejarah tempatan melalui novel Luka Nering
Luka Nering adalah sebuah novel yang bertolak daripada sejarah Kesultanan Melayu Perak karya Malim Ghozali PK. Novel ini diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 2014 dan tercalon untuk Anugerah Sastera Antarabangsa IMPAC Dublin 2016. Novel ini bertolak daripada peristiwa Perjanjia...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2020
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/16325/1/44404-142675-1-SM.pdf http://journalarticle.ukm.my/16325/ https://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/1354 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Luka Nering adalah sebuah novel yang bertolak daripada sejarah Kesultanan Melayu
Perak karya Malim Ghozali PK. Novel ini diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka
pada tahun 2014 dan tercalon untuk Anugerah Sastera Antarabangsa IMPAC Dublin 2016.
Novel ini bertolak daripada peristiwa Perjanjian Pangkor 1874 yang menyebabkan
campur tangan British dalam sistem pemerintahan Perak. Karya ini telah menolak
manipulasi terhadap fakta tentang penggulingan kuasa yang dilakukan penjajah.
Pengarang menyanggah penulisan sejarah yang telah dikemukakan khususnya oleh
sejarawan Barat. Sehubungan itu, persoalan artikel ini adalah bagaimana penolakan
sejarah itu dilaksanakan sedangkan fakta sejarah telah lama diterima umum? Analisis
kandungan diaplikasikan sebagai instrumen untuk menganalisis bahan kajian dalam
artikel jurnal, buku, akhbar dan kertas kerja. Kajian ini menggunakan teori Pensejarahan
Baru yang diasaskan oleh Stephen J. Greenblatt sebagai kerangka analisis. Dapatan kajian
mendapati Luka Nering sebuah teks pensejarahan baru yang menolak fakta sejarah yang
tercatat dalam negara khususnya sejarah Kesultanan Melayu Perak. Pengarang telah
memberi makna sejarah yang baru terhadap beberapa isu seperti tanggapan kepada
pejuang nasionalisme tempatan, kemunculan residen dan sejarah pembukaan negeri.
Melalui makna baru daripada aspek politik memperlihatkan kuasa anak raja, sistem
penggiliran takhta dan penipuan dalam perjanjian terhadap golongan istana diubah kepada
percaturan politik yang sempurna oleh Malim Ghozali PK. Manakala, makna baru
daripada aspek sosial memaparkan dasar pecah perintah, pembinaan masjid dan
pelancongan yang berpihak kepada masyarakat peribumi. |
---|