Hubungan pekerjaan di sektor informal: kajian kes di Lawas, Sarawak, Malaysia

Kajian lepas menyatakan bahawa asas hubungan pekerjaan sebagai bidang kajian adalah untuk menyiasat sifat hubungan yang wujud antara majikan dan pekerja. Sehubungan itu, kajian ini dijalankan untuk menyiasat hubungan pekerjaan dalam sektor informal dengan menggunakan kerangka kerja yang diperk...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Norhidayah Hasbullah,, Dzurizah Ibrahim,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2020
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/16311/1/41256-131854-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/16311/
https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1284
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian lepas menyatakan bahawa asas hubungan pekerjaan sebagai bidang kajian adalah untuk menyiasat sifat hubungan yang wujud antara majikan dan pekerja. Sehubungan itu, kajian ini dijalankan untuk menyiasat hubungan pekerjaan dalam sektor informal dengan menggunakan kerangka kerja yang diperkenalkan oleh Goss (1991) untuk menafsirkan hubungan pekerjaan dalam firma kecil yang boleh difahami dengan mengambil kira dua dimensi: Pertama, sejauhmana majikan bergantung kepada pekerja masing-masing dan sebaliknya. Kedua, sejauhmana pekerja mempunyai keupayaan secara individu atau secara kolektif untuk mencabar kuasa majikan. Berdasarkan dua dimensi ini, empat sifat dikenalpasti untuk menyiasat sifat hubungan pekerjaan di sektor informal iaitu fraternalisme, paternalisme, benevolent autocracy, dan passive acquiescence. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif, iaitu temu bual secara mendalam bersama empat orang majikan dan empat orang pekerja yang terlibat dalam sektor informal di Lawas, Sarawak. Hasil kajian mendapati bahawa sifat hubungan pekerjaan dalam sektor informal adalah bersifat benevolent autocracy kerana majikan sangat kurang bergantung ke atas pekerja mereka sehingga menyebabkan keupayaan pekerja agak terhad untuk mencabar kuasa majikan. Hasil kajian mendapati bahawa sifat hubungan pekerjaan dalam sektor informal adalah bersifat benevolent autocracy kerana majikan sangat kurang bergantung ke atas pekerja mereka sehingga menyebabkan keupayaan pekerja agak terhad untuk mencabar kuasa majikan. Ciri-ciri sektor informal yang bersifat kekeluargaan dan tidak berdaftar yang menyebabkan ketiadaan perlindungan kepada pekerja merupakan sebab utama yang mencorakkan hubungan pekerjaan dalam sektor informal. Kajian ini juga turut memberi sumbangan kepada pendefinisian semua hubungan pekerjaan serta mencadangkan reformasi dasar dalam konteks sektor informal terutamanya dalam melindungi hak pekerja.