Perbandingan penstrukturan gaji minimum pekerja pada hotel berkesatuan sekerja dan bukan berkesatuan sekerja
Akta Gaji Minimum telah diwartakan dan menjadi mandatori untuk dilaksanakan pada semua sektor pekerjaan swasta pada 1 Januari 2014. Salah sebuah sektor pekerjaan swasta yang wajib melaksanakan Akta Gaji Minimum adalah sektor perhotelan. Namun demikian, pelaksanaan gaji minimum pada sektor perh...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2020
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/16307/1/41252-131846-1-SM.pdf http://journalarticle.ukm.my/16307/ https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1284 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Akta Gaji Minimum telah diwartakan dan menjadi mandatori untuk dilaksanakan pada semua
sektor pekerjaan swasta pada 1 Januari 2014. Salah sebuah sektor pekerjaan swasta yang
wajib melaksanakan Akta Gaji Minimum adalah sektor perhotelan. Namun demikian,
pelaksanaan gaji minimum pada sektor perhotelan mempunyai sedikit perbezaan jika
dibandingkan dengan sektor pekerjaan yang lain. Hal ini kerana, Majlis Perundingan Gaji
Negara 2012 ada menyatakan bahawa majikan di sesebuah sektor perhotelan boleh mengubah
kesemua atau sebahagian caj perkhidmatan yang diagihkan kepada pekerja untuk diserap
menjadi gaji minimum. Keadaan ini sekaligus menunjukkan bahawa majikan sektor
perhotelan mempunyai kuasa penuh di dalam menstruktur semula gaji pekerjanya.
Bersandarkan kajian kes kualitatif ke atas dua buah hotel yang berkesatuan sekerja dan bukan
berkesatuan sekerja di Kota Kinabalu, kertas kerja ini akan membincangkan perbandingan
penstrukturan semula gaji minimum yang dilaksanakan pada sektor perhotelan berkesatuan
sekerja dan bukan berkesatuan sekerja. Berdasarkan kepada temubual separa berstruktur ke
atas dua orang wakil pengurusan hotel, dapatan kajian ini mendapati bahawa terdapat
perbezaan di dalam penstrukturan gaji minimum pada hotel berkesatuan sekerja dan hotel
bukan berkesatuan sekerja. Kajian ini mencadangkan bahawa, sesebuah sektor perhotelan
yang bukan berkesatuan sekerja mampu melaksanakan Akta Gaji Minimum tanpa adanya
pengawasan daripada kesatuan sekerja. Kajian ini amat penting untuk dijadikan sandaran bagi
memahami penstrukturan gaji sesebuah organisasi bukan berkesatuan sekerja dan sekaligus
membuktikan bahawa organisasi bukan berkesatuan sekerja juga mampu melaksanakan Akta
Gaji Minimum sepenuhnya. |
---|