Tafsir ‘ilmi di institut pengajian tinggi: sorotan literatur

Penyelidikan dan penulisan berkenaan tafsir secara saintifik telah berkembang dalam institusi pendidikan tinggi (IPT) di Malaysia seiring dengan perkembangan sains dan teknologi. Makalah ini adalah berbentuk kajian tinjauan literatur yang bertujuan menganalisis pola dan corak penerbitan artikel ju...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ahmad Fakhrurrazi Mohammed Zabidi,, Nurul Iman Izzah Harun,, Mahfuzah Mohammed Zabidi,
Format: Article
Language:English
Published: Pusat Kelestarian Turath Islami, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia 2020
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/16255/1/121-246-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/16255/
http://spaj.ukm.my/jalturath/index.php/jalturath/issue/view/12
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penyelidikan dan penulisan berkenaan tafsir secara saintifik telah berkembang dalam institusi pendidikan tinggi (IPT) di Malaysia seiring dengan perkembangan sains dan teknologi. Makalah ini adalah berbentuk kajian tinjauan literatur yang bertujuan menganalisis pola dan corak penerbitan artikel jurnal berkenaan tafsir ‘ilmi oleh para sarjana di insitusi pengajian tinggi di Malaysia. Penerbitan yang dipilih adalah daripada tahun 2014 sehingga 2019 yang diterbitkan oleh IPT dalam Malaysia sahaja. Metodologi pensejarahan digunakan bagi meneliti artikel-artikel jurnal tersebut. Data yang dikumpul dianalisis menggunakan kaedah deskriptif bertema dan diasingkan mengikut kategori tertentu. Hasil kajian mendapati pola tertinggi dalam kajian tafsir ‘ilmi di Malaysia adalah dalam bidang pendidikan selain dari bidang kajian kalimah, terjemahan, tokoh, teori, astronomi, kesihatan, warna, angka dan kejadian manusia. Semua bidang ini menunjukkan peningkatan dan perkembangan yang positif saban tahun. Bidang kajian tafsir ‘ilmi juga boleh disepadukan dengan konsep lataif quraniyah agar umat dapat berinteraksi dengan Al-Quran secara lebih berkesan dan seterusnya merealisasikan Sustainable Development Goals (SDG) dalam lembayung Qurani yang holistik dan sejahtera.