Teori dan konsep sewa beli dalam konteks kepenggunaan

Sejarah, asal usul, perkembangan, teori, konsep dan falsafah adalah berkaitan serta penting dalam memahami dan menjustifikasikan sesuatu undang-undang. Teori, konsep dan ideologi merupakan perkara asas penting dalam sesuatu penyelidikan kerana ia dapat menjadi panduan kepada penyelidikan yang dija...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Siti Noorafizah Azizan,, Safinaz Mohd Hussein,, Mazliza Mohamad,
Format: Article
Language:English
Published: Fakulti Undang-undang, Universiti Kebangsaan Malaysia 2020
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/16243/1/Teori%20Dan%20Konsep%20Sewa%20Beli%20Dalam%20Konteks%20Kepenggunaan.pdf
http://journalarticle.ukm.my/16243/
http://www.ukm.my/cli/makalah-2020/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Sejarah, asal usul, perkembangan, teori, konsep dan falsafah adalah berkaitan serta penting dalam memahami dan menjustifikasikan sesuatu undang-undang. Teori, konsep dan ideologi merupakan perkara asas penting dalam sesuatu penyelidikan kerana ia dapat menjadi panduan kepada penyelidikan yang dijalankan serta menentukan variabel yang perlu diukur serta limitasinya. Pemahaman terhadap teori dan konsep yang mendasari urusan sewa beli adalah signifikan bagi menjawab pelbagai isu-isu berkaitan undang-undang sewa beli dan pengguna. Perlindungan pengguna bukan sahaja merupakan suatu kuasa sosial. Ia mencakupi kuasa ekonomi dan perundangan yang bertindak balas terhadap kesan negatif perdagangan. Objektif penulisan ini adalah bertujuan untuk meninjau dan mendalami aspek sejarah, konsep serta falsafah sewa beli. Bagi tujuan ini, beberapa pendekatan akan diguna pakai. Pendekatan falsafah atau jurisprudens digunakan bagi memahami falsafah yang telah terbina dan mendasari perlindungan kepada pengguna dalam transaksi sewa beli. Selain itu, pendekatan historis turut digunakan bagi mendalami perkembangan undang-undang sewa beli dalam konteks kepenggunaan. Perbincangan ini memfokuskan kepada perkembangan sejarah secara global dan seterusnya di Malaysia. Bagi mencapai objektif ini, sumber-sumber primer dan sekunder terpilih dirujuk, khususnya buku dan artikel. Pendekatan analitis dan kritis diterapkan bagi menganalisis bahan bertulis berkenaan kontrak sewa beli dan kepenggunaan. Hasil kajian terhadap sejarah, teori serta konsep yang mendasari undang-undang sewa beli, keperluan kepada satu anjakan paradigm terhadap undang-undang sewa beli di Malaysia bagi menyediakan perlindungan yang mantap kepada pengguna mempunyai justifikasinya di Malaysia.