Pendidikan akhlak menerusi amalan kerohanian dalam Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM)

Pendidikan akhlak merupakan pendidikan yang amat penting dalam kehidupan. Pendidikan dan pembinaan akhlak yang baik di kalangan anak-anak semakin diperlukan terutamanya pada zaman moden ini yang sering dihadapkan dengan masalah moral dan akhlak yang cukup serius. Maka, pendidikan akhlak ini boleh...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nur Enanee Ezani,, Nozira Salleh,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2020
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/16234/1/44877-144392-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/16234/
https://ejournal.ukm.my/ijwas/issue/view/1265
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pendidikan akhlak merupakan pendidikan yang amat penting dalam kehidupan. Pendidikan dan pembinaan akhlak yang baik di kalangan anak-anak semakin diperlukan terutamanya pada zaman moden ini yang sering dihadapkan dengan masalah moral dan akhlak yang cukup serius. Maka, pendidikan akhlak ini boleh di dapati melalui pelbagai cara antaranya pendidikan melalui seni bela diri. Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) mempunyai amalan kerohanian yang tersendiri dan ia mampu membentuk akhlak yang mulia. Justeru, objektif kajian ini adalah menganalisis amalan kerohanian yang dapat mendidik serta membentuk akhlak mulia yang terdapat di dalam PSSCM. Kajian ini menggunakan metodologi kualitatif yang berlandaskan kepada analisis kandungan. Hasil kajian mendapati bahawa Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) mempunyai amalan kerohanian yang bertujuan mendidik akhlak yang mulia serta amalan ini tidak bercanggah dengan landasan syariat Islam. Maka, PSSCM bukan hanya melahirkan insan yang mampu menjaga diri bahkan melahirkan insan yang mempunyai peribadi yang unggul serta berakhlak mulia.