Tahap penguasaan membaca dan menulis murid B40 dari perspektif guru bahasa Melayu
Kajian kualitatif ini bertujuan untuk meneroka tahap penguasaan kemahiran membaca dan menulis dalam kalangan murid daripada keluarga B40 dari perspektif guru Bahasa Melayu. Seramai empat (4) orang guru Bahasa Melayu yang mengajar murid-murid B40 ini juga ditemu bual. Seramai dua orang guru Bahasa...
Saved in:
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2020
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/16196/1/239-460-1-SM.pdf http://journalarticle.ukm.my/16196/ http://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/issue/view/57 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian kualitatif ini bertujuan untuk meneroka tahap penguasaan
kemahiran membaca dan menulis dalam kalangan murid daripada keluarga B40 dari
perspektif guru Bahasa Melayu. Seramai empat (4) orang guru Bahasa Melayu yang
mengajar murid-murid B40 ini juga ditemu bual. Seramai dua orang guru Bahasa
Melayu mengajar di SMKA dan dua orang guru Bahasa Melayu lagi mengajar di
SMKB. Peserta kajian guru Bahasa Melayu terdiri daripada tiga orang guru
perempuan dan satu orang guru lelaki. Kesemua guru Bahasa Melayu ialah guru
berpengalaman mengajar di antara 11 hingga 25 tahun. Temu bual berstruktur
digunakan sebagai instrumen kajian. Data temu bual dianalisis secara naratif di
mana tema yang ditemui adalah berdasarkan soalan temu bual. Dapatan kajian
menunjukkan bahawa kesemua murid B40 kaum Cina, India dan Melayu ini
mempunyai tahap penguasaan membaca dan menulis sangat terhad dan terhad.
Murid B40 Cina paling lemah kemahiran membaca dan menulis. Bagi guru Bahasa
Melayu, murid B40 Cina paling lemah dan kurang lancar membaca dan menulis,
diikuti murid B40 India dan murid B40 Melayu. Guru Bahasa Melayu menyatakan
faktor sikap merupakan faktor utama murid-murid B40 tidak tahu membaca,
terutamanya murid B40 Cina. Kesimpulannya, faktor sikap murid dan sokongan ibu
bapa B40 dapat membantu murid-murid B40 untuk menguasai kemahiran membaca
dan menulis dengan baik. |
---|