Pelaburan secara pengumpulan dana masyarakat (crowdfunding) di Malaysia: cadangan penambahbaikan dalam aspek pengawalseliaan dan penglibatan
Pelaburan secara pengumpulan dana masyarakat atau Crowdfunding Ekuiti (ECF) telah muncul sebagai suatu alternatif untuk Pasaran Kecil dan Sederhana (IKS) dan start-up (penerbit) bagi mengumpul dana dengan cara menjual sekuriti kepada masyarakat awam menggunakan platform berasaskan portal dalam tal...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2020
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/16147/1/38784-145243-1-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/16147/ https://ejournal.ukm.my/juum/issue/view/1365 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Pelaburan secara pengumpulan dana masyarakat atau Crowdfunding Ekuiti (ECF) telah muncul sebagai suatu
alternatif untuk Pasaran Kecil dan Sederhana (IKS) dan start-up (penerbit) bagi mengumpul dana dengan cara
menjual sekuriti kepada masyarakat awam menggunakan platform berasaskan portal dalam talian (Platform ECF).
Malaysia menjadi negara pertama di Asia Pasifik yang memperkenalkan rangka kerja pengawalseliaan untuk ECF
pada tahun 2015. Walaupun pelbagai usaha telah dijalankan oleh Suruhanjaya Sekuriti dan pengendali-pengendali
Platform ECF berdaftar untuk mendidik orang ramai dan usahawan terhadap pembiayaan alternatif perusahaan
ini, namun pasaran ini tidak menjadi pilihan masyarakat selain berlaku penurunan dari aspek jumlah kutipan dana
pada tahun 2018. Kajian ini bertujuan untuk memberi cadangan penambahbaikan dalam aspek pengawalseliaan
serta penglibatan masyarakat terhadap pasaran ECF di Malaysia. Penambahbaikan ini bukan bertujuan untuk
mencari mekanisme urus tadbir terbaik bagi mengembangkan pasaran ECF semata-mata, tetapi turut bertujuan
untuk mengurangkan risiko pemilihan buruk (adverse selection) dan bahaya moral (moral hazard) yang dibuat oleh
para pelabur selain memudahkan akses pembiayaan demi mengurangkan kekangan kewangan kepada penerbit.
Penyelidikan kualitatif ini menggunakan data primer dan sekunder yang diperolehi daripada pangkalan data
saintifik dan penyelidikan kepustakaan seperti garis panduan, buku-buku, artikel-artikel dan laporan mengenai ECF.
Kesemua data ini dianalisis secara interpretasi undang-undang, penilaian perbandingan, sejarah dan kajian kes.
Kajian ini mendapati bahawa kelonggaran pengawalseliaan sekuriti, insentif cukai, usahasama antara Pengendali
Platform ECF dengan pelabur angel dan sofistikated serta kempen adalah langkah terbaik bagi menarik
masyarakat negara menyertai pasaran ECF ini. Di akhir perbincangan, artikel ini menawarkan pelan tindakan
masa hadapan demi memastikan pasaran ECF terus mampan. |
---|