Dilema definisi ekstremisme ganas di Malaysia: satu tinjauan awal

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu senantiasa menyeru supaya negara-negara anggotanya membangunkan pelan tindakan negara masing-masing untuk mencegah ekstremisme ganas. Pelan Tindakan Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) untuk Mencegah dan Mengatasi Peningkatan Radikalisasi dan Extremism ya...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Pusphamalar Govindaraju,, Mohamad Rizal Abd Rahman,, Shahrul Mizan Ismail,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2020
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/16144/1/39151-145237-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/16144/
https://ejournal.ukm.my/juum/issue/view/1365
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu senantiasa menyeru supaya negara-negara anggotanya membangunkan pelan tindakan negara masing-masing untuk mencegah ekstremisme ganas. Pelan Tindakan Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) untuk Mencegah dan Mengatasi Peningkatan Radikalisasi dan Extremism yang Kekerasan (2018-2025) juga menyarankan negara-negara ASEAN untuk memperkenalkan rang undang-undang yang sesuai bagi mencegah radikalisasi dan ektremisme ganas. Bagi Malaysia, dalam usahanya untuk memenuhi saranansaranan ini, adalah penting untuk menentukan terlebih dahulu apakah yang dirujuk sebagai ekstremisme ganas. Sebagaimana istilah keganasan, sehingga kini tidak terdapat definisi ekstremisme ganas yang diterima umum mahu pun di peringkat antarabangsa atau domestik. Lakuna ini membawa kepada dua keadaan. Pertama, istilahistilah lain yang berkaitan seperti radikalisasi, ekstremisme dan keganasan digunakan secara bergantian bagi esktremisme ganas. Kedua, sama ada ektremisme ganas merujuk kepada ideologi, tingkah laku atau perbuatan seseorang dan juga kumpulan. Dalam usaha untuk mencari jawapan bagi kedua-dua isu ini, artikel ini mengguna pakai metod kualitatif. Metodologi penyelidikan perpustakaan secara doktrinal digunakan sebagai kaedah pengumpulan data dan maklumat bagi penulisan artikel ini. Akhir sekali, artikel ini merumuskan bahawa satu definisi yang diterima umum bagi istilah esktremisme ganas adalah perlu agar setiap negara termasuk Malaysia dapat membangunkan dasar-dasar dan langkah-langkah pencegahan yang lebih berkesan selaras dengan perkembangan semasa. Kajian selanjutnya mengenai jenis-jenis ekstremis ganas di Malaysia adalah diperlukan bagi memastikan definisi ekstremisme ganas yang digubal pada masa kelak sesuai dari segi polisi dan perundangan Malaysia.