Keberkesanan penggunaan sistem pesanan teks sebagai rawatan masalah kesihatan mental: ulasan kajian secara sistematik
Kesihatan mental adalah salah satu aspek penting dalam pembentukan diri manusia selain daripada keadaan fizikal yang sihat. Laporan statistik dan kajian tinjauan menunjukkan masalah kesihatan mental secara global telah mengalami peningkatan. Pelbagai jenis sistem pesanan ringkas berbentuk teks te...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2020
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/16106/1/38966-143654-1-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/16106/ https://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/1360 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kesihatan mental adalah salah satu aspek penting dalam pembentukan diri manusia selain daripada
keadaan fizikal yang sihat. Laporan statistik dan kajian tinjauan menunjukkan masalah kesihatan
mental secara global telah mengalami peningkatan. Pelbagai jenis sistem pesanan ringkas berbentuk
teks telah dibangunkan untuk menurunkan tahap kesihatan mental. Kajian ini bertujuan untuk
mengenal pasti jenis sistem pesanan teks sedia ada yang digunakan untuk merawat individu yang
menghadapi masalah kesihatan mental serta keberkesanan setiap jenis sistem tersebut ke atas
beberapa kategori penyakit mental. Kajian secara sistematik ini menggunakan lima pangkalan data
bagi tujuan pencarian artikel iaitu Scopus, PubMed, ACM Digital Library, IEEE XPlore dan Web of
Science. Artikel kajian dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu yang telah dimuat turun dan diteliti
bagi memastikan artikel yang dipilih tidak terdiri daripada protokol kajian asas dan kertas cadangan
untuk aplikasi prototaip serta hasil kajian tinjauan lepas. Sebanyak 18 daripada 3656 buah artikel telah
dipilih untuk dibahaskan dalam kajian ini. Secara keseluruhannya, kajian menunjukkan bahawa SMS
adalah aplikasi teks yang paling banyak digunakan dalam terapi, diikuti oleh aplikasi telefon pintar dan
aplikasi daripada laman sesawang. Secara purata, ketiga-tiga platform tersebut mampu memberikan
kesan perubahan positif dalam kalangan pesakit mental yang mengalami kemurungan, kebimbangan
melampau, keinginan untuk membunuh diri, mencederakan diri, emosi yang tidak stabil, pemakanan
yang tidak sihat dan pengambilan alkohol yang berlebihan. Terapi kesihatan mental melalui aplikasi
telefon pintar dilihat berpotensi untuk mengurangkan pelbagai jenis gejala yang dialami oleh pesakit
mental. |
---|