Impak prejudis dan jarak sosial terhadap komunikasi antara etnik di Pangsapuri Seksyen 2 Wangsa Maju, Kuala Lumpur

Komunikasi yang berkesan merupakan elemen penting dalam interaksi antara etnik yang berbeza. Menerusi komunikasi, interaksi sosial antara etnik dapat mengurangkan jarak sosial. Jarak sosial boleh mewujudkan rasa keasingan (alienasi) yang diasaskan oleh perbezaan ras melibatkan kelompok yang berbe...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Marzudi Md Yunus,, Nur Yuhanis Mohd Nasir,, Nurul Haniza Samsudin,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2020
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/16105/1/37317-143568-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/16105/
https://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/1360
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Komunikasi yang berkesan merupakan elemen penting dalam interaksi antara etnik yang berbeza. Menerusi komunikasi, interaksi sosial antara etnik dapat mengurangkan jarak sosial. Jarak sosial boleh mewujudkan rasa keasingan (alienasi) yang diasaskan oleh perbezaan ras melibatkan kelompok yang berbeza. Dalam hal ini, interaksi sosial pada peringkat komuniti setempat merupakan wadah yang boleh digunakan untuk mengetahui sama ada interaksi sosial dalam komuniti menghasilkan komunikasi yang bermakna, pengaruh prejudis dan kewujudan jarak sosial antara etnik dalam komuniti penghuni rumah jenis pangsapuri yang dikaji. Kajian ini menganalisis pola-pola interaksi sosial dalam komunikasi yang melibatkan etnik berbeza di rumah jenis pangsapuri. Penyelidikan ini dilaksanakan di Seksyen 2, Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Metodologi kuantitatif dan kualitatif melalui kaedah soal selidik dan pemerhatian telah digunakan bagi mendapatkan data-data utama digunakan untuk menganalisis pola-pola komunikasi dalam interaksi antara etnik. Seramai 300 orang responden yang dipilih secara berstrata berdasarkan komposisi etnik di kawasan kajian. Pemerhatian pula telah dilakukan terhadap peristiwa interaksi sosial yang berlaku dalam komuniti. Dalam kajian ini, teori jarak sosial telah digunakan bagi menilai dan mentafsir pola interaksi sosial dalam komunikasi antara etnik yang berlaku dalam komuniti penduduk jenis pangsapuri. Hasil analisis telah menunjukkan bahawa terdapat pola yang jelas dalam interaksi sosial yang melibatkan komunikasi antara etnik berbeza. Komunikasi antara etnik mempunyai kaitan yang signifikan dengan kewujudan kepentingan bersama dalam kalangan penduduk. Kewujudan kepentingan bersama yang dikongsi oleh ahli komuniti akan membina pelantar integrasi yang kukuh dalam komuniti multietnik.