Strategi komunikasi penjenayah cinta siber terhadap wanita profesional

Ancaman jenayah Penipuan Pencintaan (Love Scam) merupakan jenayah siber atau komersil yang mensasarkan wanita terutamanya wanita profesional hingga mengakibatkan kerugian berjuta ringgit kepada mangsa dan negara. Kajian ini meneroka faktor keterlibatan mangsa dan strategi komunikasi yang digunaka...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Khadijah Alavi,, Maizatul Haizan Mahbob,, Mohammad Syahrul Azha Sooed,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2020
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/16095/1/40506-138303-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/16095/
https://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/1322
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Ancaman jenayah Penipuan Pencintaan (Love Scam) merupakan jenayah siber atau komersil yang mensasarkan wanita terutamanya wanita profesional hingga mengakibatkan kerugian berjuta ringgit kepada mangsa dan negara. Kajian ini meneroka faktor keterlibatan mangsa dan strategi komunikasi yang digunakan oleh scammer dalam proses penipuan. Kajian dijalankan secara temu bual mendalam ke atas pihak polis dan pekerja sosial dalam menangani isu Love Scam. Kajian ini dijalankan di sebuah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) di Selangor. Seramai lima responden iaitu mangsa Love Scam telah ditemuduga dengan bantuan anggota polis dari IPPD yang mengendalikan kes jenayah komersil ini. Data dianalisis menggunakan kaedah tematik. Hasil kajian mendapati mangsa terjebak dengan Love Scam dalam laman sosial disebabkan beberapa faktor iaitu layanan baik daripada pelaku, sosialisasi, capaian internet yang mudah dan tekanan dalam diri mangsa. Strategi komunikasi yang sering digunakan pelaku untuk memerangkap mangsa adalah melalui penipuan profil, janji manis palsu, penghantaran bungkusan dan menyamar sebagai wakil agensi percukaian. Perkhidmatan sedia ada pihak polis hanya mengambil laporan bertulis daripada mangsa yang sedang trauma. Kebarangkalian penggunaan sihir dan pukau dalam talian menyukarkan mangsa untuk melindungi diri daripada ditipu. Dicadangkan kajian masa depan meneroka hubungan pukau, hipnosis, sihir yang diaplikasikan melalui ancaman kejuruteraan sosial (social engineering attack). Kajian ini mencadangkan bahawa pihak polis perlu bekerjasama dengan pekerja sosial dalam menyediakan perkhidmatan intervensi krisis, konsultasi membantu trauma mangsa dan menyediakan perkhidmatan psikososial bagi memberi kesedaran dan advokasi dalam menangani isu Love Scam.