Peranan dan impak agama dalam adaptasi antarabudaya pelajar Muslim Malaysia di United Kingdom
Kajian ini memberikan penekanan kepada peranan dan impak agama ke atas proses adaptasi pelajar Malaysia yang berada di luar negara. Agama adalah perkara asas dalam kehidupan pelajar Melayu beragama Islam daripada Malaysia. Ianya turut menjadi asas kepada perhubungan yang dijalin dengan masyarakat...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2020
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/16089/1/42356-138149-1-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/16089/ https://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/1322 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini memberikan penekanan kepada peranan dan impak agama ke atas proses adaptasi pelajar
Malaysia yang berada di luar negara. Agama adalah perkara asas dalam kehidupan pelajar Melayu
beragama Islam daripada Malaysia. Ianya turut menjadi asas kepada perhubungan yang dijalin dengan
masyarakat di luar negara dan juga dalam kalangan masyarakat dari Malaysia yang turut sama berada
di luar negara. Kajian ini turut melihat apakah impak dari mempraktikkan agama Islam di luar negara
sama ada masyarakat luar mula memahami ataupun pelajar terkesan dengan pengalaman negatif di
luar negara. Model Keluk U dari Lyssgard (1955) telah digunakan sebagai kerangka kajian ini. Seramai
10 orang pelajar prasiswazah telah ditemuramah di United Kingdom. Dapatan menunjukkan pelajar
mengalami kejutan budaya namun ianya adalah satu fasa yang sangat singkat dan tidak memberikan
implikasi yang berpanjangan. Ianya juga adalah tidak sukar untuk mereka mempraktikkan agama
masing-masing terutama dengan kemudahan yang ada sekarang dan juga kefahaman masyarakat
tentang kepelbagaian agama dan budaya. Antara aspek yang ditekankan adalah sistem sokongan yang
kuat dalam kalangan masyarakat negara asal ataupun masyarakat dalam kalangan golongan beragama
Islam. Rata-rata pelajar Malaysia Muslim mempunyai pengalaman yang positif dan mereka merasakan
bahawa masyarakat luar dapat menerima mereka seadanya. Walaupun penerimaan adalah baik,
mereka pernah mendengar pengalaman-pengalaman negatif yang pernah dihadapi oleh rakan
mereka. |
---|