Kebolehpercayaan dan kesahan instrumen inovasi organisasi: suatu pendekatan Model Rasch

Kajian ini dijalankan bagi menyelidiki kebolehpercayaan dan kesahan instrumen pengukuran inovasi organisasi, MyIndeksIno. Seramai 32 orang kakitangan profesional dan pelaksana di unit inovasi di beberapa agensi kementerian telah terlibat dalam kajian rintis yang dijalankan. Instrumen mengandungi...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ruhaidi Amin,, Nasihah Ashar Ahamed,, Zalina Mohd Ali,, Nur Riza Mohd Suradi,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2020
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/16075/1/jqma-16-2-paper11.pdf
http://journalarticle.ukm.my/16075/
https://www.ukm.my/jqma/current/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dijalankan bagi menyelidiki kebolehpercayaan dan kesahan instrumen pengukuran inovasi organisasi, MyIndeksIno. Seramai 32 orang kakitangan profesional dan pelaksana di unit inovasi di beberapa agensi kementerian telah terlibat dalam kajian rintis yang dijalankan. Instrumen mengandungi 5 bahagian soalan, merangkumi Maklumat Umum, Pengetahuan Inovasi, Faktor-faktor Sumber Inovasi, Keupayaan Inovasi dan Prestasi Organisasi. Menggunakan pendekatan Model Rasch, kebolehpercayaan dan kesahan 72 item daripada tiga konstruk dan 10 subkonstruk berkait inovasi diselidiki. Secara keseluruhannya, didapati instrumen MyIndeksIno mempunyai kebolehpercayaan item dan individu yang tinggi dengan nilai 0.98 dan 0.97 masing-masingnya. Kesahan instrumen MyIndeksIno diselidiki melalui kesuaian padanan item, padanan individu, peta pemboleh ubah dan unidimensi. Kajian mendapati bahawa instrumen MyIndeksIno adalah boleh dipercayai dan sah untuk mengukur inovasi dalam kalangan pekerja dan organisasi.