Peramalan tak linear bagi siri masa karbon monoksida di kawasan dengan taburan penduduk tinggi di Sabah

Kajian ini bertujuan untuk meramal siri masa CO di kawasan dengan taburan penduduk tinggi di Kota Kinabalu, Sabah melalui pendekatan kalut. Terdapat empat objektif dalam kajian ini, iaitu i) untuk mengesan kehadiran dinamik kalut, ii) untuk meramal, iii) untuk mengaplikasikan kaedah penambahbaika...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ahmad Basri Ruslan,, Nor Zila Abd Hamid,, Khairunnisa Che Jusoh,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2020
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/16067/1/jqma-16-2-paper3.pdf
http://journalarticle.ukm.my/16067/
https://www.ukm.my/jqma/current/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk meramal siri masa CO di kawasan dengan taburan penduduk tinggi di Kota Kinabalu, Sabah melalui pendekatan kalut. Terdapat empat objektif dalam kajian ini, iaitu i) untuk mengesan kehadiran dinamik kalut, ii) untuk meramal, iii) untuk mengaplikasikan kaedah penambahbaikan bagi menentukan nilai jiran terdekat k dan iv) untuk mengaplikasikan kaedah m-songsang dalam menentukan nilai m pada siri masa CO. Sebelum menjalankan proses peramalan, sifat data harus ditentukan terlebih dahulu sama ada bersifat kalut atau tidak. Melalui kaedah plot ruang fasa dan kaedah Cao, sifat kalut hadir dalam siri masa CO. Oleh itu, model peramalan dibina. Bagi proses peramalan, tiga parameter diperlukan, iaitu masa tunda τ, matra pembenaman m dan jiran terdekat k. Parameter τ ditentukan melalui penetapan  = 1 , parameter m ditentukan melalui kaedah m-songsang dan parameter k ditentukan melalui plot graf pekali korelasi (pk) melawan k. Nilai pk yang maksimum dihasilkan hasil gabungan parameter adalah direkodkan. Dengan menggunakan  = 1 , m = 3 dan k = 6, nilai pk di antara data sebenar dan data peramalan adalah 0.9641. Tambahan lagi, perbandingan hasil peramalan dengan menggunakan m-songsang memberikan hasil peramalan yang lebih cemerlang berbanding dengan nilai m yang diperoleh daripada kaedah Cao. Hasil peramalan yang cemerlang ditunjukkan apabila menggunakan parameter k daripada kaedah penambaikan dan m-songsang. Oleh itu, peramalan melalui pendekatan kalut boleh digunapakai ke atas siri masa CO di Malaysia. Selain itu, diharap peramalan melalui pendekatan kalut ini dapat membantu pihak bertanggungjawab untuk mengawal pencemaran CO di kawasan dengan taburan penduduk tinggi di Malaysia.