Perbezaan gender tekanan psikologikal dan kesihatan mental dalam kalangan pelajar prasiswazah
Individu yang sihat mental mampu mengekalkan perhubungan yang harmoni dengan orang lain dan berupaya mengambil bahagian serta menyumbang kepada masyarakat. Kesihatan mental seseorang sangat berkait rapat dengan tekanan psikologikal yang dihadapi dan kebolehan individu berkenaan menanganinya. Kerta...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Pusat Pengurusan & Pembangunan Mahasiswa, Universiti Kebangsaan Malaysia
2018
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/15985/1/Artikel-7_Suhaimi_final.pdf http://journalarticle.ukm.my/15985/ http://www.ukm.my/personalia/publication-category/vol-21-no-1/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Individu yang sihat mental mampu mengekalkan perhubungan yang harmoni dengan orang lain dan berupaya
mengambil bahagian serta menyumbang kepada masyarakat. Kesihatan mental seseorang sangat berkait rapat
dengan tekanan psikologikal yang dihadapi dan kebolehan individu berkenaan menanganinya. Kertas ini
membincangkan hasil kajian mengenai tekanan psikologikal dan kesihatan mental pelajar prasiswazah di Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM), dengan memfokuskan kepada perbandingan di antara pelajar-pelajar lelaki dan
perempuan. Kajian tinjauan ini mengambil pendekatan kuantitatif dengan menggunakan instrumen kajian yang
digunakan adalah General Health Questionnaire (GHQ-12) dan Mental Health Inventory (MHI). Seramai 200 orang
pelajar lelaki dan perempuan dari pelbagai fakulti dan kolej kediaman telah mengambil bahagian dalam kajian ini.
Hasil kajian menunjukkan bahawa majoriti responden adalah rendah tekanan psikologikalnya. Namun demikian,
pelajar lelaki didapati lebih tertekan berbanding pelajar perempuan. Demikian juga dapatan MHI menunjukkan
hampir kesemua responden mempunyai tahap kesihatan mental yang tinggi dan sederhana. Namun begitu,
kesihatan mental responden perempuan didapati lebih baik berbanding lelaki. Hasil kajian yang memperincikan
perbandingan antara pelajar lelaki dengan perempuan amat relevan pada masa kini yang didominasi pelajar
perempuan dan pengurangan pelajar lelaki di universiti-universiti seluruh negara. |
---|