Pekerjaan sambilan dan prestasi akademik mahasiswa: kajian dalam kalangan pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia
Kerja sambilan dalam kalangan penuntut Institut Pengajian Tinggi hari ini sudah menjadi satu ‘trend’ disebabkan oleh beberapa faktor. Pelajar-pelajar yang membuat kerja sambilan sering dikaitkan dengan prestasi akademik kerana adalah mustahil untuk pelajar memfokuskan kepada dua tanggungjawab besa...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Pusat Pengurusan & Pembangunan Mahasiswa, Universiti Kebangsaan Malaysia
2020
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/15972/1/Artikel-3_Dr-Hairunnizam_FEP.pdf http://journalarticle.ukm.my/15972/ http://www.ukm.my/personalia/publication-category/volume-23-number-2-december-2020/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kerja sambilan dalam kalangan penuntut Institut Pengajian Tinggi hari ini sudah menjadi satu ‘trend’ disebabkan
oleh beberapa faktor. Pelajar-pelajar yang membuat kerja sambilan sering dikaitkan dengan prestasi akademik
kerana adalah mustahil untuk pelajar memfokuskan kepada dua tanggungjawab besar semasa belajar. Kajian ini
dilakukan untuk mengkaji faktor-faktor pelajar membuat kerja sambilan dan kesan bekerja sambilan terhadap
prestasi akademik. Faktor-faktor kerja sambilan dibahagikan kepada dua iaitu faktor dalaman dan faktor luaran
yang mendorong pelajar untuk membuat kerja sambilan. Selain itu, kajian turut dijalankan untuk mengkaji kesan
terhadap prestasi akademik pelajar setelah membuat kerja sambilan. Kajian turut mengkaji bilangan kerja dalam
seminggu untuk melihat kekerapan bekerja dan kesan terhadap prestasi pelajar samada rendah atau tinggi. Kajian
ini menggunakan kaedah soal selidik yang terdiri daripada 46 item. Seramai 150 orang responden yang terdiri
daripada pelajar seluruh fakulti di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi Selangor terlibat dalam kajian ini.
Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif melalui pengedaran borang soal selidik berbentuk soalan tertutup dan
skala Likert. Analisis statistik deskriptif telah digunakan untuk mendapatkan nilai kekerapan, min serta peratus
dan analisis ANOVA satu hala. Hasil kajian mendapati pelajar yang membuat kerja sambilan tidak menjejaskan
prestasi akademik mereka sekiranya bijak menguruskan waktu dan memfokuskan tanggungjawab hakiki sebagai
pelajar. |
---|