Hubungan PAS dengan non-Muslim dalam persaingan politik Islam di Malaysia 1951-2020
Perjuangan parti politik yang tertumpu kepada sesuatu agama dan bangsa sahaja boleh menjejaskan sokongan dalam pilihanraya kerana perjuangan politik kebiasaannya melibatkan kepentingan semua pihak. Sangat penting bagi parti politik menjaga kepentingan semua pihak khususnya dalam sesebuah masyarak...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Pusat Kesejahteraan Insan dan Komuniti, Universiti Kebangsaan Malaysia
2020
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/15962/1/419-Article%20Text-1508-1-10-20201207.pdf http://journalarticle.ukm.my/15962/ http://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/issue/view/27 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Perjuangan parti politik yang tertumpu kepada sesuatu agama dan bangsa sahaja
boleh menjejaskan sokongan dalam pilihanraya kerana perjuangan politik
kebiasaannya melibatkan kepentingan semua pihak. Sangat penting bagi parti
politik menjaga kepentingan semua pihak khususnya dalam sesebuah masyarakat
majmuk kerana sokongan akan diberikan kepada parti yang akan menjaga
kepentingan agama dan bangsa mereka. Inilah dilema yang dihadapi oleh PAS
dalam persaingan politik di Malaysia antara memperoleh sokongan politik dan
tanggungjawab membawa mesej Islam kepada masyarakat. Namun, PAS konsisten
memperjuangkan politik Islam di Malaysia sejak penubuhannya 1951 hingga
2020. Bagi menganalisis pendekatan politik PAS kepada non-Muslim, artikel ini
membahagikan kepada tiga bentuk pendekatan. Pertama, tafahum iaitu mendekati
dan memahami; Kedua, Ta’awun iaitu tolong menolong dan bekerjasama; Ketiga,
Tahaluf iaitu pakatan politik. Artikel ini membincangkan tiga pendekatan di atas
dengan membahagikan tempoh dari 1950an hingga 2020 kepada empat fasa. Fasa
pertama ialah fasa permulaan iaitu fasa berhadapan dengan perkauman yang
menebal dalam kalangan masyarakat. Fasa kedua ialah fasa tafahum ketika PAS
berada dalam kerajaan campuran dan penubuhan Chinese Consultative Council
(CCC). Fasa ketiga ialah fasa Tahaluf apabila dapat menubuhkan Kelab
Penyokong PAS dan membentuk Barisan Alternatif (BA) dan Pakatan Rakyat
(PR) dengan DAP. Fasa keempat ialah fasa tafahum dan Ta’awun apabila dapat
menerima non-Muslim sebagai ahli bersekutu dan menubuhkan Dewan Himpunan
Penyokong PAS. Pada tiga dekad yang pertama, PAS berhadapan dengan cabaran
perkauman yang menebal dalam kalangan masyarakat termasuk dalam PAS
sendiri. Seterusnya, PAS berhadapan dengan cabaran menterjemahkan nilai Islam
dalam interaksi politik dengan non-Muslim. |
---|