Peranan pemahaman budaya organisasi dalam kalangan para pekerja Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) dalam mencapai matlamat amalan perbankan berlandaskan syariah

Budaya organisasi Islam adalah set nilai berdasarkan al-Quran, Sunnah, Ijma dan Qiyas yang membantu ahliahli organisasi berkaitan dengan kefahaman mereka terhadap maksud organisasi, cara organisasi beroperasi dan perkara yang berkepentingan. Pengamalan budaya organisasi Islam melalui Sistem Perbank...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Rosfazila Abd Rahman,, Abdul Razif Zaini,, Novel Lyndon,, Khairul Anuar Ahmad,, Latifa Bibi Musafar Hameed,, Mohd Shahrul Nizam Mohd Danuri,, Marliana Abdullah,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2020
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/15869/1/40726-130070-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/15869/
http://ejournal.ukm.my/islamiyyat/issue/view/1278
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Budaya organisasi Islam adalah set nilai berdasarkan al-Quran, Sunnah, Ijma dan Qiyas yang membantu ahliahli organisasi berkaitan dengan kefahaman mereka terhadap maksud organisasi, cara organisasi beroperasi dan perkara yang berkepentingan. Pengamalan budaya organisasi Islam melalui Sistem Perbankan Islam (SPI) di Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) merupakan manifestasi pertumbuhan semula asas nilai-nilai Islam di bank-bank Islam. Justeru, isu utama kajian ini ialah sejauh mana pekerja BIMB memahami budaya organisasi Islam dan melaksanakan Sistem Perbankan Islam (SPI) yang dibentuk oleh prinsip-prinsip syariah. Objektif kajian ini adalah untuk meneliti sejauh mana pemahaman budaya organisasi dalam kalangan pekerja BIMB telah memainkan peranan dalam mencapai matlamat amalan perbankan berlandaskan syariah. Kajian dijalankan menggunakan pendekatan kualitatif melibatkan temu bual berstruktur dengan 36 informan daripada kumpulan pegawai yang terdiri daripada pegawai syariah, operasi, produk dan perkhidmatan dan kumpulan pengurusan yang terdiri daripada pengurusan tertinggi organisasi. Penganalisisan data telah dilaksanakan dengan menggunakan perisian ATLAS.ti bagi tujuan pengekodan berdasarkan taksonomi dan tema-tema yang dipacu oleh data yang diperoleh dan dibina oleh pengkaji sendiri. Penemuan kajian mendapati makna budaya organisasi menurut pandangan dunia pekerja BIMB ialah aspek-aspek kepimpinan, sosial bahawa kesepaduan antara aspek kepatuhan dengan strategi merupakan mekanisme penting dalam meneliti sejauh mana pemahaman budaya organisasi dalam kalangan pekerja BIMB telah memainkan peranan dalam mencapai matlamat amalan perbankan berlandaskan syariah. Kesimpulannya, kajian ini memperlihatkan bahawa pemahaman budaya organisasi Islam di BIMB telah memainkan peranan dalam mencapai matlamat amalan dan organisasi perbankan berlandaskan syariah. Implikasinya, terdapat beberapa aspek penambahbaikan seperti kepimpinan, pengembangan dan inovasi produk dan perkhidmatan perlu diberikan perhatian demi kelangsungan budaya organisasi Islam BIMB dalam mencapai matlamat perbankan berlandaskan syariah.