Risiko penggunaan barang selain emas sebagai aset gadaian dalam pembiayaan ar rahnu

Ar-Rahnu berasaskan produk mikro kredit diperkenalkan kepada masyarakat atas dasar memberi bantuan pembiayaan kepada golongan kurang berkemampuan atau berpendapatan rendah. Namun, institusi atau bank yang menawarkan skim ar-rahnu membataskan barang-barang gadaian tertentu seperti barangan kemas sa...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Azlin Alisa Ahmad,, Nor Syahirah Mohd Izazi,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2020
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/15858/1/40747-130118-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/15858/
http://ejournal.ukm.my/islamiyyat/issue/view/1281
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Ar-Rahnu berasaskan produk mikro kredit diperkenalkan kepada masyarakat atas dasar memberi bantuan pembiayaan kepada golongan kurang berkemampuan atau berpendapatan rendah. Namun, institusi atau bank yang menawarkan skim ar-rahnu membataskan barang-barang gadaian tertentu seperti barangan kemas sahaja yang boleh dijadikan sebagai jaminan jaminan ke atas pembiayaan ar rahnu. Penerimaan aset gadaian yang terbatas pada emas sahaja ini secara menyebabkan timbul kesulitan kepada golongan yang benar-benar memerlukan bantuan kewangan namun pada masa yang sama tidak memiliki emas. Hal ini berbeza dengan Islam yang membenarkan setiap barang yang bernilai sepatutnya boleh diterima sebagai barang gadaian. Justeru, kajian ini mengkaji apakah risiko yang bakal dihadapi oleh penyedia ar rahnu sekiranya membenarkan penggunaan barang selain emas sebagai aset gadaian dalam pembiayaan ar-rahnu. Kajian ini merupakan kajian kulatitaif dengan mengguna pakai analisis kandungan sebagai kaedah pengumpulan data. Kaedah analisis data pula ialah kaedah deskriptif. Kajian mendapati bahawa antara risiko penggunaan barang selain emas sebagai aset gadaian ialah kesukaran dalam menilai kualiti dan ketulenan aset, tidak kebal terhadap krisis ekonomi dan penurunan kualiti seiring peredaran masa. Implikasi kajian ialah pihak penyedia ar rahnu perlu menanggung risiko kerugian sekiranya menerima aset gadaian selain emas dalam pembiayaan ar rahnu.