Kesan sikap, faktor halangan dan manfaat tanggapan Pekebun Kecil Sawit Persendirian kepada niat menggunakan mikro kredit Islam
Kekurangan modal kewangan merupakan masalah utama yang dihadapi oleh Pekebun Kecil Sawit Persendirian (PKSP) dalam meningkatkan produktiviti kelapa sawit. Walaupun terdapat 6 buah institusi perbankan Islam menyediakan mikro kredit kepada golongan petani, tetapi produk ini tidak mendapat sambutan d...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2020
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/15851/1/40739-130102-2-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/15851/ http://ejournal.ukm.my/islamiyyat/issue/view/1281 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kekurangan modal kewangan merupakan masalah utama yang dihadapi oleh Pekebun Kecil Sawit Persendirian (PKSP)
dalam meningkatkan produktiviti kelapa sawit. Walaupun terdapat 6 buah institusi perbankan Islam menyediakan mikro
kredit kepada golongan petani, tetapi produk ini tidak mendapat sambutan dari golongan petani terutamanya PKSP.
Bagi merungkai faktor yang menyebabkan PKSP kurang berminat mengambil mikro kredit dari perbankan Islam, kertas
ini menggunakan konsep niat Al-Ghazali untuk mencapai dua objektif yang dikaji. Objektif pertama, menganalisis
kesan sikap terhadap mikro kredit Islam, faktor halangan dan manfaat tanggapan kepada niat menggunakan mikro
kredit Islam. Objektif kedua, menganalisis kesan faktor halangan dan manfaat tanggapan kepada sikap terhadap
mikro kredit Islam. Bagi memahami fenomena ini, kajian telah dilaksanakan di daerah Hilir Perak, Malaysia yang
melibatkan seramai 362 orang PKSP. Data kajian yang diperolehi melalui soal selidik dianalisis menggunakan
Structural Equation Modelling (SEM). Kertas ini mendapati faktor halangan dan sikap terhadap mikro kredit Islam
signifikan mempengaruh niat menggunakan mikro kredit Islam, manakala manfaat tanggapan didapati tidak signifikan
mempengaruhi niat. Kertas ini turut mendapati, pembentukkan sikap terhadap mikro kredit Islam hanya dipengaruhi
oleh manfaat tanggapan. Kertas ini merumuskan bahawa, PKSP kurang berminat mengambil mikro kredit Islam untuk
tujuan pertanian kerana ciri-ciri produk mikro kredit yang ditawarkan oleh institusi perbankan Islam kurang menarik
dan tidak kompetatif. Sehubungan dengan itu, kertas ini mencadangkan institusi perbankan Islam perlu menambah
baik ciri-ciri produk mikro kredit serta menjalinkan hubungan rakan strategi dengan pemain industri yang lain bagi
mengurangkan risiko dan seterusnya menawarkan produk mikro kredit yang kompetatif di pasaran. |
---|