Pelaksanaan amalan pertanian baik (GAP) dalam kalangan pesawah padi di Sekinchan, Sabak Bernam, Selangor
Senario industri pertanian di seluruh dunia kini sedang beralih daripada pertanian konvensional kepada pertanian lestari. Amalan pertanian baik (GAP) telah diperkenalkan sebagai panduan dalam melaksanakan pertanian lestari yang mengambil kira kepentingan ekonomi, alam sekitar dan sosial dalam men...
Saved in:
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2020
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/15849/1/34937-135175-1-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/15849/ http://ejournals.ukm.my/gmjss/issue/view/1306 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Senario industri pertanian di seluruh dunia kini sedang beralih daripada pertanian konvensional
kepada pertanian lestari. Amalan pertanian baik (GAP) telah diperkenalkan sebagai panduan
dalam melaksanakan pertanian lestari yang mengambil kira kepentingan ekonomi, alam sekitar
dan sosial dalam menghasilkan makanan yang berkualiti dan selamat dimakan. Kajian ini
dijalankan di Sekinchan iaitu sebuah kawasan penanaman padi paling maju di negeri Selangor
dengan keluasan keseluruhan 1857 hektar sawah padi. Kajian ini bertujuan untuk menilai
pelaksanaan Malaysian Good Agriculture Practice (MyGAP) di antara pesawah yang
mempunyai pensijilan MyGAP dan tidak mempunyai MyGAP. Pada peringkat pertama, amalan
pertanian baik telah dikenalpasti daripada analisis dokumen berdasarkan standard GAP di
Malaysia. Pada peringkat kedua, mengisi senarai semak berdasarkan data yang diperoleh
daripada pemerhatian dan temu bual dengan empat orang pesawah yang mempunyai sijil
MyGAP dan empat orang tidak mempunyai sijil MyGAP. Hasil kajian mendapati amalan
pertanian yang dilaksanakan oleh pesawah di kawasan kajian adalah pada tahap yang sederhana
di mana hanya tiga daripada empat komponen GAP yang dilaksanakan dan melibatkan sembilan
daripada 13 elemen GAP sahaja. Sumbangan kajian ini dapat dijadikan input kepada pihak-pihak
berkepentingan untuk tujuan penambahbaikan dalam tatacara pengurusan pensijilan MyGAP ke
arah mesra alam sekitar disamping memastikan penghasilan makanan yang berkualiti, sihat dan
selamat dimakan. |
---|