Kajian kualiti hidup dan fertiliti dalam kalangan kakitangan awam di Kota Bharu

Peningkatan kos sara hidup di bandar sering mendatangkan masalah kepada penjawat awam khususnya terhadap kualiti hidup atau kesejahteraan sosial mereka. “rakyat Malaysia lahirkan anak dahulu, jangan fikirkan soal kualiti hidup” adalah pernyataan yang mahukan rakyat malaysia mengabaikan kualiti hi...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Noor Hayati Mat Ripin,, Nik Norliati Fitri Md Nor,, Fatimah Hassan,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2020
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/15848/1/37683-135172-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/15848/
http://ejournals.ukm.my/gmjss/issue/view/1306
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Peningkatan kos sara hidup di bandar sering mendatangkan masalah kepada penjawat awam khususnya terhadap kualiti hidup atau kesejahteraan sosial mereka. “rakyat Malaysia lahirkan anak dahulu, jangan fikirkan soal kualiti hidup” adalah pernyataan yang mahukan rakyat malaysia mengabaikan kualiti hidup jika mahu berkeluarga besar. Walaupun, pernyataan ini dianggap sebagai salah lapor, namun sejauh manakah kualiti hidup mempunyai hubungan yang signifikan kepada darjah fertiliti isi rumah khususnya dalam kalangan penjawat awam. Sehubungan itu, satu kajian telah dijalankan ke atas penjawat awam yang berkhidmat di bandar Kota Bharu, Kelantan. Sejumlah 200 responden dalam kalangan penjawat awam telah terlibat dalam kajian sepanjang tahun 2018. Soal selidik dan temu bual digunakan bagi mengumpul data melibatkan dua komponen kajian iaitu persepsi kualiti hidup dan persepsi fertiliti. Objektif kajian ini ialah mengenalpasti dan mengkaji penentu kualiti hidup dan fertiliti serta hubungan antara penentu tersebut dalam kalangan kakitangan awam daerah Kota Bharu, Kelantan. Ujian skor min, ujian jadual Silang dan ujian korelasi dijalankan terhadap data yang diperoleh melalui borang soal selidik dan juga data daripada Jabatan Perangkaan Malaysia serta Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN). Hasil analisis menunjukkan tahap kualiti hidup dan fertiliti kakitangan awam dalam daerah Kota Bharu berada pada tahap tinggi dan penentu kualiti hidup dan fertiliti yang paling dominan telah dikenalpasti. Hubungan antara kualiti hidup dan fertiliti kakitangan awam di kawasan kajian adalah signifikan. Penemuan utama ialah masa berkualiti dan persekitaran kerja berkualiti menjadi penentu kualiti hidup dan mempengaruhi hubungan intim pasangan seterusnya menentukan tahap fertiliti masyarakat. Kajian ini diharapkan menjadi petunjuk dan panduan kepada pihak yang berwajib atau pihak yang berkenaan. Kajian ini juga diharap dapat diteruskan dengan kajian yang lebih mendalam demi meningkatkan kualiti hidup dan menyambung kelestarian fertiliti.