Penilaian keberkesanan terowong SMART Kuala Lumpur dalam menghalang banjir kilat

Tujuan utama pembinaan Terowong SMART adalah untuk mengurangkan kejadian banjir kilat di pusat bandar Kuala Lumpur. Banjir kilat di pusat bandar menyebabkan kerugian ekonomi dan menganggu aktiviti komersial bandar. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji keberkesanan Terowong SMART dalam menang...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Siti Hasniza Muhammad Arshad,, Asnor Muizan Hj. Ishak,, Nurfashareena Muhamad,, Joy Jacqueline Pereira,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2020
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/15845/1/38112-135166-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/15845/
http://ejournals.ukm.my/gmjss/issue/view/1306
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tujuan utama pembinaan Terowong SMART adalah untuk mengurangkan kejadian banjir kilat di pusat bandar Kuala Lumpur. Banjir kilat di pusat bandar menyebabkan kerugian ekonomi dan menganggu aktiviti komersial bandar. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji keberkesanan Terowong SMART dalam menangani masalah kejadian banjir kilat. Kekerapan dan taburan banjir kilat di Kuala Lumpur dari 1984 hingga 2017 serta liputan kawasan Terowong SMART dianalisis dengan menggunakan Sistem Maklumat Geografi (GIS). Hasil kajian menunjukkan bahawa selepas Terowong SMART mula berfungsi pada tahun 2007, kejadian banjir kilat menurun, tetapi sejak 2010, kejadian air bertakung telah menjadi berleluasa. Hanya 7 kejadian banjir kilat telah direkodkan sejak pembukaan Terowong SMART tetapi di antara 2010 dan 2017, sebanyak 83 kejadian air bertakung telah dilaporkan. Terowong SMART telah memainkan peranan yang penting untuk menghalang lebih banyak kejadian banjir kilat daripada berlaku di pusat Bandaraya Kuala Lumpur. Walau bagaimanapun, masalah air bertakung harus ditangani secara holistik melalui perancangan yang berasaskan kepada pendekatan ekologi seperti yang digunapakai dalam pembangunan bandar raya sponge (sponge city development).