Pemantau pilihan raya zombie di dalam pilihan raya umum Malaysia

Konotasi bersih dan adil adalah ideal sesebuah pilihan raya yang demokratik. Ia antara lain, menggarisbawahi sejauh mana legitimasi sesebuah kerajaan yang dipilih melalui pilihan raya. Selain dari parti politik, organisasi-organisasi pemantauan pilihan raya memainkan peranan penting dalam memerha...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Norazam Mohd Noor,, Muhamad Takiyuddin Ismail,, Muhamad Nadzri Mohamed Noor,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2020
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/15819/1/38214-127904-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/15819/
http://ejournals.ukm.my/gmjss/issue/view/1273
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Konotasi bersih dan adil adalah ideal sesebuah pilihan raya yang demokratik. Ia antara lain, menggarisbawahi sejauh mana legitimasi sesebuah kerajaan yang dipilih melalui pilihan raya. Selain dari parti politik, organisasi-organisasi pemantauan pilihan raya memainkan peranan penting dalam memerhati, mengukur dan menilai perjalanan sesebuah pilihan raya. Namun, kajian terhadap organisasi-organisasi ini sangat kurang mendapat tempat. Kebanyakan tulisan ilmiah yang menyentuh organisasi-organisasi ini bersifat kurang terfokus dan hanya melibatkan pemerihalan sampingan, khasnya di dalam korpus ilmu sains politik di Malaysia. Artikel ini, untuk itu, secara amnya diasaskan untuk menganalisis sifat, fungsi dan operasi organisasi-organisasi pemantauan pilihan raya domestik di Malaysia. Manakala, secara khusus, artikel ini cuba membangkitkan kes kewujudan pemantau pilihan raya zombie di dalam Pilihan Raya Umum 2013 dan 2018. Berdasarkan kajian ke atas tiga organisasi pemantauan zombie di dalam kedua-dua pilihan raya itu, artikel ini menghujahkan organisasi pemantauan zombie telah di rekayasa secara kreatif oleh parti pemerintah untuk mengabsahkan pilihan raya, sekali gus memberi legitimasi kepada pemerintah meskipun terdapat pelbagai manipulasi autoritarian di dalam pilihan raya itu. Hal ini adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan bagi sesebuah negara yang mempunyai sistem politik hibrid yang tinggi, di mana pilihan raya masih perlu dilakukan bagi memperbaharui legitimasi pemerintahan. Kebanyakan hujahan dan analisis di dalam artikel diperoleh melalui temu bual dengan aktor-aktor penting, pemerhatian langsung dan kajian kepustakaan.