Dimensi iklim keselamatan rakan sekerja bagi sistem pengangkutan rel bandar

Rakan sekerja berperanan penting dalam meningkatkan kualiti keselamatan dan kesihatan seseorang pekerja bagi sesebuah organisasi disebabkan rakan sekerja adalah figura paling hampir di tempat kerja. Justeru, kajian bertujuan menganalisis tahap penilaian iklim keselamatan pekerja terhadap dimensi...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Kadir Arifin,, Norfadillah Derahim,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2020
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/15815/1/35505-127896-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/15815/
http://ejournals.ukm.my/gmjss/issue/view/1273
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Rakan sekerja berperanan penting dalam meningkatkan kualiti keselamatan dan kesihatan seseorang pekerja bagi sesebuah organisasi disebabkan rakan sekerja adalah figura paling hampir di tempat kerja. Justeru, kajian bertujuan menganalisis tahap penilaian iklim keselamatan pekerja terhadap dimensi rakan sekerja dalam organisasi sistem pengangkutan rel bandar. Kajian menggunakan kaedah kuantitatif melalui tinjauan menggunakan borang soal selidik. Responden kajian terdiri daripada seramai 441 orang pekerja bahagian operasi dan bahagian penyelenggaraan. Hasil kajian mendapati bahawa tahap penilaian iklim keselamatan rakan sekerja adalah di tahap sederhana, melalui tiga subdimensi utama iaitu kompetensi, nilai keselamatan dan sokongan keselamatan. Dapatan kajian ini, merupakan cabaran utama pihak organisasi di mana rakan sekerja sepatutnya menjadi contoh terbaik kepada individu pekerja. Hasil kajian penting dijadikan panduan kepada organisasi dalam meningkatkan lagi fungsi rakan sekerja, terutamanya bagi meningkatkan prestasi keselamatan rakan sekerja yang lain. Inisiatif sesebuah organisasi dalam memantapkan keupayaan rakan sekerja bukan sahaja berfaedah kepada rakan sekerja yang lain malahan mampu menjadikan kesemua pekerja mematuhi setiap arahan organisasi dan seterusnya mengurangkan risiko kemalangan.