Covid-19 dalam korpus peristilahan bahasa Melayu: analisis sosioterminologi
Pada penghujung tahun 2019, penduduk Wuhan, China digemparkan dengan penularan wabak baharu yang menyerang sistem pernafasan manusia. Namun, jangkitan tersebut berbeza daripada jangkitan influenza, avian flu, MERS-CoV atau SARS. Wabak baharu ini dikenali sebagai Novel Coronavirus (2019-nCoV), yan...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2020
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/15730/1/40166-135064-1-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/15730/ http://ejournals.ukm.my/gema/issue/view/1304 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Pada penghujung tahun 2019, penduduk Wuhan, China digemparkan dengan penularan wabak
baharu yang menyerang sistem pernafasan manusia. Namun, jangkitan tersebut berbeza
daripada jangkitan influenza, avian flu, MERS-CoV atau SARS. Wabak baharu ini dikenali
sebagai Novel Coronavirus (2019-nCoV), yang kemudiannya dinamai sebagai COVID-19.
Akibat penularan penyakit tersebut, pada 12 Mac 2020, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
dan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit mengisytiharkan COVID-19 sebagai
pandemik. Dari perspektif Linguistik, pandemik ini turut mencambahkan korpus
perbendaharaan kata bahasa Melayu dengan sangat pesat. Sebagai contoh, wujudnya istilah
penjarakan sosial, droplet, PPE, PKP, dan meratakan puncak lengkungan. Bahkan terdapat
istilah yang pelbagai untuk merujuk satu konsep yang sama, misalnya nyahkuman dan
nyahvirus, serta kadar peningkatan kes dan lonjakan kes. Hal ini tentunya dapat menimbulkan
kekeliruan pada pengguna. Dari aspek terminologi pula, fenomena keanekaragaman
penciptaan istilah ini perlu diberikan perhatian bagi memastikan istilah yang digunakan dapat
difahami dan diamalkan oleh pengguna kerana istilah tersebut berkaitan dengan kesejahteraan
masyarakat. Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan menganalisis dan menghuraikan
fenomena penciptaan istilah tentang COVID-19, yang beredar dalam kalangan masyarakat dari
perspektif sosioterminologi. Kajian ini memanfaatkan istilah yang digunakan dalam teks
kenyataan akhbar Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi tempoh 16 Januari 2020
hingga 10 Mei 2020 sebagai data kajian. Bagi tujuan penganalisisan, data istilah dibandingkan
dengan korpus istilah DBP dan hasil dapatan dihuraikan menggunakan pendekatan
sosioterminologi. Hasil kajian mencatatkan 67.0% (96) istilah yang digunakan oleh KKM
sudahpun dibakukan oleh DBP. Walau bagaimanapun, sebahagian istilah sememangnya istilah
baharu, tetapi pembentukannya didapati menepati pedoman pembentukan istilah, walaupun
mungkin tidak menepati selera penggubal istilah. Justeru, istilah yang telah memasyarakat ini
perlu dihormati bagi memastikan bahasa Melayu terus berkembang. |
---|